Jumaat, 11 Disember 2009

Enau dalam belukar

Benarkah dalam zaman ini budaya enau dalam belukar sudah menjadi suatu norma dalam hidup? Tetapi adakah yang mengamalnya dan telah dikatakan berjaya dalam hidup dengan cara ini, aman tenteram hidup mereka?

Dua hamba Allah sms tadi menceritakan senario bekerja dalam satu jabatan yang bukan hanya melatih manusia jadi robot tetapi mempunyai para juragan yang tak boleh dipakai. Asasnya adalah mereka ini tidak normal dan psycho. Miasma atau benaman penyakit mereka sudah ke tahap kronik lagi merbahaya. Difahamkan tidak ada kewarasan, ketelusan, malahan amat sombong, bongkak dalam menjalankan tugas. Ketidakperihatinan, lateral thinking, sifat rendah diri langsung tiada.
Memandangkan hamba2 Allah tadi tidak berupaya membetulkan keadaan, adalah disyorkan bermunajat, solat hajat, baca Yaasin agar mereka2 yang zalim ini diberi taufik dan hidayat malahan diberi petunjuk sebaik mungkin agar tidak terus berlaku zalim pada yang lain. Mungkin petunjuk akan turun cara lembut atau pun keras bertepatan dengan sifat kezaliman yang dimiliki. Moga Allah SWT perkenankan doa hambaNya yang dizalimi..amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan