Isnin, 14 Disember 2009

Alfatihah: Jamaliah Jaafar @ Ma kembali kerahmatullah




Lebih kurang pukul 11am Isnin 14/12/2009, Ma menghembus nafas terakhir di rumahnya di Shah Alam di hadapan Kak Jariah, suami dan anak2. Arwah Ma telah pergi setelah menanggung penyakit kanser payu dara. Sememangnya suatu keajaipan juga disebalik tugasnya sebagai jururawat, beliau sendiri tidak sedar akan ujudnya kanser tersebut sehinggalah ke tahap yang kritikal dimana ketika itu beliau sememangnya menyusukan anak bongsu beliau. Sebelum ini aku difahamkan perempuan yang menyusu anak mempunyai risiko paling rendah untuk kena kanser payu dara. Tapi arwah Ma kena juga. Begitulah kekuasaan dan takdir Allah SWT.


Arwah Ma meninggalkan 5 anak2 lelaki yang masih kecil dan suami. Siapa sangka beliau pergi dahulu dalam usia yang muda sedangkan ibunya masih sihat lagi. Arwah bapa beliau juga telah lama kembali kerahmatullah dalam usia yang masih muda juga akibat masalah pernafasan. Apa yang dikagumi adalah sikap anak2 dan suami beliau yang tabah serta sifat keprihatinan kedua2 belah arwah Ma dan suaminya sepanjang tempoh beliau mengidap sakit berkenaan terutama di saat2 akhir hayat beliau. Kehadiran sedara mara dan rakan taulan berdoa dan membaca surah Yaasin berturut hari dan bilamana perlu, serta berusaha mengajar arwah mengucap dan menyebut kalimah Allah dari masa ke semasa, suatu yang amat memberi kesan. Ada juga sedaramara yang sudah balik ke kampong setelah beberapa hari bersama menziarah, terpaksa berpatah balik bila mendapat berita kematian beliau.


Arwah Ma dibawa ke Surau An Nur, Seksyen 20 Shah Alam untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan dihadiri oleh beratus2 hadirin. Dalam masa yang sama sebelum itu ada bacaan Yaasin dan tahlil serta tazkirah oleh ustaz yang dijemput oleh pihak surau tersebut. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Shah Alam Seksyen 21 lebihkurang 6pm selepas hujan reda.


Semoga arwah dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam golongan beriman dan solehah, dan beroleh kebahagiaan di alam barzah dan akhirat nanti, InsyaAllah. Alfatihah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan