Semalam berkesempatan melawat Ma anak kak Jariah di Shah Alam. Beliau sedang tenat, bertarung nyawa akibat dari kanser payu dara. Sehingga ini beliau masih bergantung pada alat oksijen dan ubat. Keadaan nya terlalu lemah. Semalam juga jemaah yang hadir membaca surah Yaasin dan berdoa agar beliau diberi kemudahan dlam menghadapi semua ini. Cikgu Razak, Johar, Tn Hj Jeri dan saudaramara yang lain turut hadir.Bagi sedaramara dan rakan taulan yang ada kelapangan bolehlah melawat beliau di No 20/7F, Jalan Belalang 6, Shah Alam.
Pada saat-saat ini syukur juga Kak Jariah elok sihat, Razak dan anak2 pun ok nampak gayanya. Semoga Allah mentakdirkan sebaik2 kejadian.
Pada pagi tadi teringat pula lagu yang selalu dinyanyikan semasa akhir Jambori Pengakap dulu, iatu bertemu dan berpisah versi Melayu O Lang Cyne (?):
Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata
Tetapi di hati tidak lupa....
Semasa menghantar sms merata tempat termasuk pada Prof Madya Dr Mokhtar Saidin (Mota Makcik Montak), dia jawab rupanya dia kat Mekah. Beliau doakan dari Mekah katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan