Rabu, 30 Disember 2009

IPTA

Hari ni di BIMB dan BSN memang ramai orang. Masing2 sibuk cash duit dan bayar yuran IPTA. Dalam masa tu ada gak seorang pakcik minta tolong tengukkan borang dia betul tak..ingatkan sikit aje rupa2nya masuk simpan RM5,500 yop...kira oklah tu!
Nak tergelak pun ada teman kat BIMB, mem gi BSN bila dah setel gi tanya dia berapa lagi..10 katanya..bila balik minum tanya lagi rupanya 50 nombor lagi! Tadi tersilap tenguk. Jadi sempatlah pergi PKNS beli nasi ayam dulu dan beli barang dapur.
Bila nak ujung tahun dalam pepe akan kua cite peristiwa suka duka sepanjang 2009...kita kehilangan arwah Ma. Dalam minggu lepas 10 nyawa terbang akibat bas 2 tingkat merempuh penghalang jalan di Ipoh. Jadi tak tau dah naik apa yang selamat. Jalan kaki pun motosikal kereta boleh langgar lari pula.
Apa pun tahun baru masing2 akan berazam..naik gaji, naik pangkat, lebih kaya, tambah kereta, rumah tapi jangan tambah bini udahle...hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan