Jumaat, 11 Disember 2009

Zaman merudum


Dalam hidup kadang elok je naik. Tapi ada gak yang payah asik sangkut2. Ada gak yang cam tu je atau monotonous. Sejak dua menjak ni adikberadik sedara mara ramai yang sakit. Ada sakit boleh dikesan pakar perubatan dan ada gak kena pakai gosbuster. Bila umur meningkat, kalau zaman muda manis dalam senyuman, kini manis dalam darah maka jadi diabetic pulak. Ada yang dupdap2 jantung, ada yang kena pakai bateri. ada yang kadang2 macam angkasawan kena pakai corong gas dll. Mat Busu pun dah pernah kena strok. Imuda pun dah kena artritis.


Dalam apa jua keadaan, semua itu dugaan. Ada orang Tuhan duga dengan pelbagai penyakit, ada diduga dengan peel kerenah anak2, ada masalah jiran, ada masalah kewangan dll. Tapi di pejabat pula lain, ada diduga tak naik2 pangkat, ada diduga dengan kemewahan projek dan staf yang ramai, ada diduga dengan pangkat dan kedudukan, masa, kesopanan, keagamaan dll lagi. Yang pasti Allah SWT Tuhan yang berhak berkuasa menaikkan kita ke tahap paling tinggi atau mulia, dan Dia juga Tuhan yang berhak mengambil balik apa yang diberi samada ke tahap kita paling hina lagi papa. Kadang2 heran gak ada orang suka maki hamun orang depan orangramai Tuhan tak balas pun macam orang lain. Tapi ustaz kata balasan Tuhan tak sama, ada cash, ada gak yang simpan atau kiv dulu. Mungkin orang yang bengkeng, kerek ni dapat habuan masa dia dah pencen nanti atau masa nak mati nanti...agaknya la....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan