Mulai hari ni ramai yang mula bercuti menghabiskan cuti tahun, balik kampung, cuti2 Malaysia dll. Ada yang mula sibuk membeli segala kelengkapan persekolahan, masuk poli, kolej, dll. Ada juga yang dah habih spm nak cuba2 mula bekerja cari duit poket sendiri. Namun begitu, akhir kalam, mak bapak gak yang sponsor kan..hehe.
Dapat berita dari Ipoh semalam, Misha khadijah dah keluar wad. Ok la tu kalu tak kelam kabut gak Ti, Hadi bergilir take turn jaga kat wad dan Mira, Mia jadi prefek kat rumah. Semalam kat opis pula ada miting unit bersama RO Kluang dan Sesang. Macam2 laporan perlu disiapkan menjelang hujung tahun ni. Di lab, Ina dan Nurul tenguk begitu sibuk spring cleaning selepas mencari raw data yang entah ke mana perginya.
Menjelang tahun baru, masing2 mungkin berazam untuk lebih maju, lebih berjaya, lebih uumph dsbnya. Ada yang perlu berhijrah untuk berjaya. Ada juga tak perlu. Ada yang perlu beri lauan bagi yang muda. Tapi pokok yang besar pun boleh berhijrah, dialihkan dan boleh mampu tumbuh balik dengan baik, mengapa manusia pula takut berhijrah ya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan