Isnin, 21 Disember 2009

Ble Melayu Islam bertelagah


Adakala sesuatu objek atau senario dapat menggambarkan sesuatu. Dalam masyarakat Melayu Islam, percanggahan pendapat boleh berlaku dalam masjid atau surau pun, misalnya terdapat kurang persefahaman diantara JK atau jemaah. Kadangkala perkara remeh temeh sampaikan ada yang tak berjemaah sekali. Dulu heboh cite 2 imam, tapi ada juga yang masih ego dengan kumpulan atau pegangan sendiri. Atas sebab itu kadangkala surau taman di bandar2 jauh lebih baik, lebih international dari sesetengah surau di kampung.


Baru ni ada balik ke kampung, terdengarlah cite masjid lama orang biru, masjid baru orang hijau. Jadi masing2 cara sendiri. Di BBB terutama Al Kauthar, memang international, biru ke, hijau ke, tabligh ke, YB ke , tak YB ke sume orang Islam. Yang baik diikut, yang kurang dibuat sempadan. Bersyukur seadanya. Ambik aje ilmu berguna. Kiblat sama, Allah sama, nabi sama, quran sama, jadi nape nak beza2 kan.


Baru2 ni gi Teluk Kemang, terpandang pokok2 kelapa yang tunduk bagai nak rukuk berdekatan surau tepi pantai. Ada pokok tunduk ke kiri, ada ke kanan. Simboliknya bagai manusia Islam berlainan pendapat bila bertelagah, berlatarbelakang surau yang melambangkan keislaman...Cuba perhatikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan