Sebelum arwah Ma meninggal dunia, rakanku Noh menghantar sms meberitahu bapa saudara Apai, kawan kami meninggal dunia di Melaka. Beberapa hari sebelum tu keluar kat pepe kisah pengantin baru 3 jam meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Rupa2nya arwah adalah orang yang ditemui baru2 ni di Arau, Perlis. Semalam juga kawan sekerjaku, cik Mai juga sms beritahu atuk dia meninggal dunia di Kedah. Kebetulan pula beliau baru tahu bapa sedaranya, Zul Siam adalah kawanku sama SMSK Sg Petani 1974-1975 dahulu.
Begitulah ceritanya, bak kata ustaz yang memberi tazkirah semalam, setiap yang bernafas pasti akan menemui maut. Apabila sampai saat dan tikanya, tiada siapa mampu menahan walaupun dipanggil doktor pakar mana pun. Yang penting, bila ada kematian biarlah ianya menjadi iktibar agar kita jangan sombong dan bongkak. Sebanyak mana harta pun kata ustaz, yang dibawa ke kubur hanyalah 3 atau 5 lapis kain putih, kain yang harganya paling murah. Kalau kita takut pergi ke kubur sorang2, akan sampai saat dan tikanya samada takut atau tidak, mahu atau tidak kita akan ke sana keseorangan di alam barzah menunggu pertimbangan di hari akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan