Sejak ada masjid baru di Malim Nawar, makin banyak program dan aktiviti masyarakat setempat dapat diadakan. Misalnya selepas zohor semalam Tn Hj Dolah bersama jemaah yang stayback mengaji Quran. Walaupun masjid ni masih belum berapa siap dari segi hiasan dan lanskapnya, diberitakan terdapat juga gerai2 dan padang mainan di seberang jalan masjid itu. Kerja2 membina tempat parking kereta, motor/basikal serta taman mainan sedang dijalankan. Tak hairanlah kawan teman, Yop Hishamuddin dan rakan2 yang lain dari Parit, Bota pun ada lalu dan singgah solat di situ. Masjid berjuta harganya cantik dan selesa.
Bila pergi ke pasar lambak sabtu dan market di pagi hari, suasana lambak macam dulu masih segar dan ceria. Gerai2 makanan berbagai bangsa juga penuh dengan pelanggan. Selain sabtu, semalam ada juga pasar malam. Yang bezanya, sekarang susah nak dapat makan ikan2 sungai yang sedap2 macam baung, tenggalan dll Mungkin peraih dari luar dah rembat dulu dari penangkap2 ikan awal pagi lagi. Ikan tilapia pun yang kecik2 aje di market.
Masjid lama masih digunakan tapi tiadalah solat Jumaat lagi di situ. Sepertimana biasa naluri semulajadi manusia, dah tentu suka yang baru lagi cantik. Bagi jemaah setempat, kemudahan yang ada eloklah diguna sebaik mungkin. Masih banyak tempat yang tak berpeluang dapat macam tu.Samaada kita biru ke, hijau ke, merah ke...kita tetap ada kiblat yang sama, Nabi yang sama, Quran yang sama dan Tuhan yang sama. Hendaklah sujud dan rukuk seadanya mengikut fahaman dan ajaran mazhab Imam Shafie yang kita ikuti saban tahun dari dulu, kini dan selamanya...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan