Rabu, 16 Disember 2009

Kursus EET di ESSET Bangi


Sejak semalam bertemu kembali grup kursus Train the trainer, TTT yang lalu yang kini masuk kursus level 2. Trainer kali ni Tn Hj Ismail Ibrahim yang baru kembali dari mengerjakan ibadah haji. Difahamkan selepas ni ada Cert 4 dan Diploma di Australia yang memerlukan 12k kosnya. Di usia yang kian lanjut ini wajar ada sesuatu kemahiran dan sijil kompetensi demi masa depan. Paling tidak pun dapat memperbaiki tatacara penyampaian dalam mengajar Diploma Sawit dan yang berkaitan dengannya.


Hari ni heboh diperkatakan tentang anjakan gaji di hq. Ramai dikatakan dapat. Sebelum ni senarai masuk dalam web hanya 10 minit lepas tu ditarik balik. Siapa ya?Kita tunggu dan lihat macam kata Ibrahim pendek...'Jom kita tenguk siapa yg kena...!'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan