Ble menggunakan saluran online dalam MBKj sebelum ni, cepat tindakan diambil. Ada buat cadangan bagi bersih kawasan Tasek Cempaka dan tebang pokok mati Jalan 4/3 BBB. Memang cepat dan boleh tenguk senarai tindakan yang diambil. Syabas pada MBKj yang memang cepat mengambil tindakan atas aduan, cadangan dan permohonan yang dibuat.
Awal pagi tadi buat permohonan dan cadangan lagi. Permohonan trafik light persimpangan masuk Jalan 4/1BB yang sememangnya banyak xcden berlaku dan kepayahan untuk melintas di waktu 'peak'. Cadangan pula agar MBKj dan JAIS memantau semua pengutip derma samada kat shoping complex, tempat parking dan kawasan perumahan. Ini perlu diselaraskan agar mereka2 yang 'genuine' sahaja dibenarkan mengutip derma dan tidak menyalahgunakan apa saja serta tidak menganggu ketenteraman awam. Kita tenguk ramai budak2 sekolah pun minta derma sampai malam di kompleks PKNS dan Bintang BBB. Ada juga yang minta derma RM10 dan tak mau kurang dari tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan