Dalam 9am dah sampai Teluk Kemang tadi. Orang pada mulanya tak la ramai, cuma dah kurang tempat nak bentang2 tikar untuk bersantai. Banyak tempat dipenuhi kanopi bersama bangku meja yang disewa RM30. Nampak tak sesuai kerana tempat awam macam tu tak sepatutnya dipenuhi semua tu, lebih bagus jika dibiar kosong tapi bersih. Lagi ramai yang dapat bersantai bersama famili. Duduk bersandar2 di tepi pantai tak sesuai untuk famili, untuk Mat Saleh2 ok la. Ada yang diambil tindakan oleh Polis Pelancung kerana membakar kayu2 untuk BBQ di tepi pantai. Memang pun tak sesuai, dengan asap dan kekotoran yang bakal ditinggalkan. Kalau di British Columbia dulu orang piknik bawa alat BBQ dan arang khas.Langsung tak jejas alam sekitar, dah habis semua dibersih dikemaskan. Setiap yang berkunjung akan jadi pemantau kebersihan. Sepoi dan Isa, kawan lama pakai tabung gas kecik saja lagi mudah.
Dalam 12tghari dah sampai balik BBB untuk solat Jumaat di AlKauthar. Lewat petang kaklong balik nak masakkan ayam paprik dan kailan ikan masin. Hujan lebat agak lama, banyak gak dapat sms dari kengkawan. Ada kawan opis bila cuti hanpon pun cuti, tak tau la mungkin itu stailnya. Jadi tak payah hantar kat dia, bila dia hantar baru balas. Kalu tak macam hantar ke kubur je. Bagi yang ramai kawan, masa cutilah Celcom dan Maxis boleh buat duit lebih hehe...dapat maklumat kenduri kawin anak Zul Bai SMSK 20hb kt SP dibatalkan. Tak taulah nape..tapi kesianlah ya dah las minit kensel. Malam 24hb ada kenduri kawin anak hj Azman Salleh kat Dewan Bistari, Taman Seri Gombak.Member2 lama SMSK dan SMSPs masing2 duk mengahwinkan anak2 masing2, dan jemputan sekarang mudah dan cepat melalui SMS. Malang sekali tak dapat gi kenduri kawin anak Dr Jiwa Abdullah KUITHO baru2 ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan