Jumaat, 11 Disember 2009

Disiplin anak2 masa kini


Hasil dari perbualan rambang sesama kawan, jiran, kenalan baru dan lama tentang anak2 masakini dan disiplin mereka menunjukkan fenomena yang sama. Rata2 menceritakan anak2 sekarang tidak macam zaman kita dahulu yang mampu berdikari, mencari atau bertanya perkara2 yang boleh memperbaiki diri ke arah kejayaan. Ramai yang menceritakan budaya 'spoon-fed' anak2 sekarang, malahan misalnya kalau buah rambutan tu tak dikupas atau diletak betul2 atas meja makan, takan dia orang makan.


Lagi satu yang jelas adalah budaya menonong dan tak tahu yang mana penting, utama dan yang bukan perlu didahulukan. Budaya menghormati orang tua, sedara mara juga kurang malahan mereka lebih rapat dengan rakan taulan dari kaum keluarga sendiri.


Budaya sembahyang, jaga aurat pun sama. Ada dari sekolah agama pun perlu dipantau agar tidak ponteng sembahyang atau pastikan bertudung berpakaian tutup aurat bila keluar rumah. Masalah ini bukan hanya di peringkat sekolah malahan di peringkat sarjana sekali pun.Pernah aku terlihat semasa rehat seminar graduate school, ada studen PhD Melayu Islam, sambil duduk minum, seluar londeh (fesyen?) sampai ternampak lurah punggung! Mengapa semua ini terjadi? Adakah asas agama tak kuat?Adakah didikan mak bapa tak cukup?Adakah pengaruh sekarang?Adakah zaman dah maju, dunia dah berubah?Tepuk dada... lu pikirlah sendiri kata Nabil!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan