Sabtu lepas, atas permintaan Nadhirah yang beriya2 sangat nak tenguk lukisan Leonardi da Vinci, bernama 'Mona Lisa', kami berempat beranak pun pergi la selepas mengambil Wani di KBU IQ Marathon. Tiket untuk itu saja RM20 untuk kanak2 dan Rm25 untuk dewasa. Aku lebih tertarik tenguk ikan akuarium, samada ikan gapi, Nimo, ikan2 air tawar yang besar2 termasuk ikan dragon dari Amazon iaitu Arapaima.
Macam lawatan terdahulu, tiada petugas yang memberi penerangan melainkan di pentas sains. Semasa melawat Pusat Sains Vancouver lama dulu, kelebihan mereka adalah ramainya petugas yang boleh memberi penerangan bagi kumpulan kecil pelawat2 ke situ. Tiada pengunjung yang asik makan merata2 tempat macam di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan