Semalam lepas asar dapat search doa akhir tahun kat internet untuk dibaca 3x selepas asar/ sebelum maghrib, diikuti doa awal tahun lepas maghrib. Macam ustaz Wan cakap yang berceramah di ESSET Bangi baru2 ni, lepas doa malam tu bawalah anak bini gi makan kat luar. Bukan kerana rai bezday atau anniversary tapi ingatkan anakbini akan kehadiran tahun baru hijrah, tahun kalender Islam. Jadi dinner kat kedai tomyam on de way ke Darussyifa' BBB la malam tadi. Sedap dan cepat servisnya, jadi kira oklah kedai tu.
Banyak sms ucapan sambut tahun baru hijrah diterima, diantaranya dari Aj yang berbunyi: Ya Allah, seketika di akhir tahun ini insyaAllah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan & penginaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta takwa tanpa alasan. Makbulkan cita2nya yg murni. Amin Ya Rabbal A'lamin. Selamat Menyambut Maah Hijrah 1431.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan