Isnin, 30 November 2009

Fantasi dalam hidup


Ada orang suka hidup dalam fantasi, macam orang lalok juga yakni hidup dalam mimpi bukan dalam alam nyata. Tapi kita sering berada dalam fantasi walaupun berada dalam alam nyata kan. Nikmat bersaudara, berkawan, berbual. berseronok, dll amat bermakna. Seronok kah kita tangkap ikan besar2 sorang2? Seronok kah kita memikul daging lembu sorang2 turun naik kenderaan? Sedap kah kita makan sorang2 ? Tentulah tak conok kate Aiman kan...kan.

Swiss melarang pembinaan kubah

Berita dari yahoo news tadi menunjukkan Swiss, satu negara yang sekian lama dikenali sebagai negara neutral, selamat untuk simpan duit, aman damai tiba2 diberitakan tidak mengizinkan pembinaan kubah bagi masjid. Alasannya mudah..'Islam bukan sekadar sembahyang sahaja'. Sikap fobia terhadap Islam kian meluas seolah2 Mat Saleh2 ni takut pada bayang2 walapun selalu Islam dikutuk sebagai mundur, kurang bertamadun dll. Mesej yang jelas menunjukkan Islam itu ada uumph, ada kekuatan tersendiri walaupun di sana berapa peratus aje yang Islam malahan masjid yang ada pun tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara untuk azan ke luar masjid. Diberitakan hanya 1% dari penganut Islam di sana yang benar2 mengamalkan ajaran Islam. Bersyukur kita seadanya..Masjid surau merata ada cuma nak tak nak je kita ke sana. Walaupun sekiranya kita tak nak atau kurang berkesempatan, janganlah pula kita menghalang yang rajin pergi ke situ.


Wajah2 Malim Nawar





4u2c Jalan ke Kuala Dipang, Cgkt Kobo, Banjaran Kampor dan Awan berat di Highwei berdekatan

Raya Korban 2009

Solat raya haji kali ni kat AlKauthar F4 BBB dapat ikuti kutbah Imam Ahmad Badovi. Korban 14 ekor lembu dibuat esoknya. Bergegas balik ke Perak , cadang nak solat Jumaat di Malim Nawar tapi tak kesampaian sebab jem kemalangan sebuah kereta Honda CT di Lembah Beringin. Akhirnya jumaat di Kampar saja. Korban lembu seekor kongsi adikberadik terpaksa sembelih di Kg Memali dan dibawa balik lapah semua di Surau RPAII Malim Nawar serta masak makan sup tulang , kari daging dan nasi putih. Malangnya tak dapat turut serta, muntah tiba2 memanjut2 semasa lepas lapah daging dan terlentang baring saja. Rekod la tahun ni tak merasa langsung sup gear box hehe. Adikberadik juga menangkap ikan di kolam Pak Jun Pulau Pisang dan merasa durian Pakyang. Tapi semua tu teman tak kesampaian, ate dah terlentang. Tanah Cgkat Kobo dah clear dan akan dipasang pagar secepat mungkin. Raya Korban kali ni unik kerana adikberadik pun ada buat korban sama2 dan teman pun nyaris terkorban..huhu!

Rabu, 25 November 2009

Isu hangat

Rata2 kat radio pepe cite hal 46 mayat ditemui di Mindanao ditanam dalam kubur besar angkara politik cantas yang zalim. Tak pasal2 kawasan situ curfew untuk memudahkan pemerintah mententeramkan keadaan dan menjalankan siasatan rapi. Di Malaysia, rata2 bekas2 perajurit menentang habis2an usaha Chin Peng untuk kembali ke Malaysia. Ya tak ya juga, yang jadi anak yatim, janda dll akibat kekejaman komunis tak kan nak senang2 maaf gitu aje kan. Kisah banjir di pantai timur dan utara masih panas. Bezanya kalau di Johor dulu kena banji tiap2 hari ada cite bantuan pelbagai pihak diberi. Tapi di Kelantan Trengganu tak dengar pulak selain pasukan penyelamat gerakan banjir dan tempat mangsa2 dikumpulkan.

Poji GIS tadi sms dia dah pek barang nak bertolak ke Arafah lepas zohor ni. Dapat juga balas sms Maurad yang mana baru baik dari demam.Yang di Malaysia ni sibuk mikr nak balik kampung tak ye, malumlah lani musim SPM. Kalau balik tak stadi pula. Tapi kalau tak balik pun tak tentu juga stadi. Kan ke banyak rancangan realiti, drama Indon dll

Wani baru tpon Add Math susah rupanya...waduh!

Isnin, 23 November 2009

Program Tentatif Raya Haji


Dapat maklumat semalam, raya haji nanti ada operasi tangkap ikan di Pulau Pisang. Bagus tu. Korban dibuat keesokan harinya. Ada cadangan penyembelihan dibuat di Kg Memali dan lepas lapah baru ke RPAII Malim Nawar. Tenguk dulu latest news untuk dapat feedback yang lain.

Ahad, 22 November 2009

Budaya membaca kini


Semalam semasa menemani anak bongsu ke MPH Alamanda, kelihatan ramai juga berbagai lapisan masyarakat dari peringkat umur berbeza amat berminat dalam mencari, membaca atau membeli buku2 bacaan. Anak berminat buku cerita BI dan BM juga. Aku ambil kesempatan tenguk majalah2 dan akhirnya beli juga sebuah novel Best Seller 'derap2 Tasbih'. Baguslah budaya membaca tak la tak ada tapi mungkin yang minat tu minat lah yang kurang mungkin ke tempat lain misalnya tenguk 2012 ke.

Cuti sekolah dah bermula, jadi anak2 ada banyak masa terluang. Selain internet, Astro dan hanpon, membaca tetap satu hobi yang menguntungkan, meningkatkan pengetahuan dan cara berhujah sesama kawan dalam bidang2 tertentu.

Kuliah Subuh di Masjid Hasanah BBB

Selesai solat subuh tadi diikuti oleh kuliah subuh oleh Ustaz Nasir Wahab, penceramah bebas yang dulunya imam masjid ini. Beliau menyentuh tentang perlunya kita bersyukur agar dtambah lagi nikmat oleh Allah SWT. Beliau juga beritahu Islam menggalakkan kita berpuasa pada hari wukuf dan mengikut peraturan2 sebenar ibadat korban agar ianya tidak rosak akibat dari kurangnya ilmu kita dalam hal itu.

Prof Razi pun ada turut serta kuliah subuh tadi.

Jumaat, 20 November 2009

Hari ini di RPAII Malim Nawar


Awal pagi tadi Nu ada telefon dia orang tengah breakfast di kedai sama tokeh durian, ikan dan sawit. Tengahari ada majlis perkahwinan Anum dan Hanim. Keadaan tidak mengizinkan untuk bersama di kampung kali ni. Mungkin minggu depan baru boleh balik. Banyak urusan di sini perlu dibereskan.
Bila tenguk dalam Google map, Malim Nawar jelas mempunyai 'water bodies' yang banyak. Maklumlah kawasan lombong bijih timah yang famous satu masa dulu. Selepas bijih dikeluarkan lombong2 akan dipenuhi air yang akhirnya menjadi tempat penternakan ikan ayer tawar dan itik. Tidak hairanlah baru2 ni orang2 dari luar ramai datang menangkap ikan di sini. Ada berkemah, ada pasang jaring, menjala dan memancing. Tapi seelok2nya tangkap pun pada2 lah sebab ramai penduduk tempatan bergantung hidup pada menangkap ikan. 'Lu pikirlah sendiri ', kata Nabil.

Selamat Pengantin Baru Anum & Hanim


Selamat Pengantin Baru buat 2 pasangan Anum dan Hanim pada hari ini. Walaupun Pak Mat tak dapat hadir, majlis ini InsyaAllah meriah juga nanti. Dilampirkan maklumat tentang Perkahwinan dalam Islam untuk makluman bersama:




Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.


Isi kandungan


Sejarah perkahwinan


Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. [2]


Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalah Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.


Jenis-jenis perkahwinan


Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.


Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]


Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).


Kedudukan perkahwinan dalam Islam


Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.


Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.


Hikmah perkahwinan


cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks.melalui ini perzinan .liwat dan pelacuran sebagainya dpat dielakan.
Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
Memelihara kesucian diri
Melaksanakan tuntutan syariat
Menjaga keturunan


Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak


Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
Dapat mengeratkan silaturahim

Dalil pensyariatan
Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
Surah An-Nuur: ayat 32
Surah An-Nahl: ayat 72
Surah Yaasin: ayat 36
Surah Ar-Rum: ayat 21
Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
Surah Luqman: ayat 10
Surah Qaf: ayat 7
Surah Asy-Syu’araa: ayat 7

Pemilihan calon


Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
Ciri-ciri bakal suami

beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
bertanggungjawab terhadap semua benda
memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri


beriman & solehah
rupa paras yang cantik dan elok
memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
menentukan mas kahwin yang rendah
wanita yang subur
masih dara
berasal dari keturunan yang baik
bukan keturunan terdekat

Sebab haram nikah


Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
Ibu
Nenek sebelah ibu mahupun bapa
Anak perempuan & keturunannya
Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
Ibu susuan
Nenek dari sebelah ibu susuan
Adik-beradik perempuan susuan
Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
Ibu mentua dan ke atas
Ibu tiri
Nenek tiri
Menantu perempuan
Anak tiri perempuan dan keturunannya
Adik ipar perempuan dan keturunannya
Emak saudara kepada isteri
Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya


Peminangan


Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.


Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:


"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)


Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

Nikah
Rukun nikah
Pengantin lelaki
Pengantin perempuan
Wali
Dua orang saksi
Ijab dan kabul (akad nikah)

Syarat bakal suami


Islam
Lelaki yang tertentu
Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Syarat bakal isteri


Islam
Perempuan yang tertentu
Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan seorang khunsa
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak dalam idah
Bukan isteri orang


Syarat wali


Islam, bukan kafir dan murtad
Lelaki dan bukannya perempuan
Baligh
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak fasik
Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya
Merdeka
Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah menyetujui perkahwinannya dengan bakal suami agar tidak timbul sebarang masalah selepas menjalani kehidupan sebagai suami isteri.Ini juga bertujuan untuk menjaga hak asasi kaum wanita itu sendiri.Sebab itu juga,sebelum akad nikah(lafaz ijab qabul berlangsung antara Wali/wakil Wali).Wali/wakil Wali perlu mendapatkan pengesahan/kepastian sebenar dari bakal isteri/wanita yang hendak dikahwinkan tentang status kerelaannya untuk disatukan.


Jenis-jenis wali


Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak(sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susuna tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu


Syarat-syarat saksi


Sekurang-kurangya dua orang
Islam
Berakal
Baligh
Lelaki
Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
Boleh mendengar, melihat dan bercakap
Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
Merdeka


Syarat ijab

Pernikahan nikah hendaklah tepat
Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
Diucapkan oleh wali atau wakilnya
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat qabul


Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
Tiada perkataan sindiran
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
Menyebut nama bakal isteri
Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebuatan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".


Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan lafaz "Sah" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin
Sejurus itu,mas kahwan/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagian suami isteri.Aktiviti ini diteruskan dengan suami mengucup/mencium isteri.Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk".Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.


Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung.Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir.Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?


Wakil Wali/ Qadi


Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.


Mahar


Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.


Jenis mahar


Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.


Walimatulurus


Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islammelarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.


Konsep yang diharamkan dalam Islam
Konsep rahbaniyah


Perkataan rahbaniyah bermasud kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi [4] Di dalam Islam, membujang tidak dianggap sebagi satu etika atau cara bagi mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama Kristian, Buddha, Jain dan sebagainya. Sebagai contoh, agama Buddha ada menyebut tiga aspek yang perlu dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan (membujang). Mengikut agama Buddha, jika seseorang mahu membebaskan dirinya dari nafsu duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia masuk ke dalam Nirwana [5]
Dalam agama Kristian ada ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup membujang. Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan golongan paderi yang hidup membujang dan sekiranya golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan diri dari perkahwinan. Mereka juga berpendapat bahawa paderi yang berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang kerana perkahwinan bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka tidak boleh tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang benar-benar suci mesti sanggup menahan diri dari berkahwin.” Oleh yang demikian, taraf membujang di kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja [6].


Selain itu, perkahwinan juga ditolak oleh golongan bukan paderi mahupun sami seperti golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang membina rumahtangga.


Konsep ibahiyah


Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulan seks bebas, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud kerana sikap mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan.
Pergaulan bebas: Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan, jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai
keruntuhan akhlak
wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah)
Merebaknya pelbagai penyakit membahaya
Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang
Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh
Amalan seks bebas: Kegilaan Barat yang memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes pengguguran kandungan dilakukan di Singapura pada tahun 1999 melibatkan wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan berpisah dengan suami
Homoseksual & Lesbian: Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara wanita dengan wanita. Mereka menjalani hidup seperti suami isteri dan beberapa negara Barat telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah gereja dan paderi terus meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua agama termasuk Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right Watch bagi rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Artikel seperti “Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah yang dilihat secara sepintas lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai. [7]. Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei 1998 pernah melaporkan semasa pelancaran ‘Women’s Agenda For Change’, Avy Joseph ada menyebut bahawa kita perlu membenarkan lesbianisme sebagai tanda masyarakat yang toleran.
[sunting] Lihat juga
Penceraian dalam Islam
Perkahwinan Bersama Wanita Kitabiah dan Bukan Kitabiah Menurut Islam
[sunting] Rujukan
H. Idris Ahmad, 1983; jil. 2, 54
Abdul Kadir, 1983: 114
Abdul Ghani Azmi, 1994:18
Kamus Munawwir, 1984: 576
H.OK. Rahmat, 1979:255
Russell Bertand, 1993:494
http://www.ikim.gov.my/isu43.htm

Kebolehan terserlah bila terpaksa


Dulu ada seorang kawan lama berkata, 'kalau tak ada si anu tu, tutup nanti grup itu'. Maknanya grup tu takan hidup tanpa si anu. Kini masa berlalu, si anu terpaksa meninggalkan tugas buat sementara waktu. Mau tak mau yang tinggal terpaksa mengagihkan diri membuat kerja2 yang belum selesai dan meneruskan apa yang telah dibuat.


Kini dah 3 minggu berlalu, grup tetap hidup malahan orang2 yang menggantikan si anu telah menunjukkan bakat dan kebolehan untuk meng'organise', menjalankan dan melaporkan aktiviti2 yang telah dilaksanakan. Rata2 'MISSION ACCOMPLISHED!!!'. Ini jelas menunjukkan dalam apa jua keadaan, apabila diamanahkan, yang ada boleh menjalankan tugas dengan baik. Cuma peluang saja yang tak diberi sama rata agar semua dapat mencuba. Dalam apa jua keadaan sekiranya orang yang sepatutnya ada tiba2 tiada, HIDUP MESTI DITERUSKAN. Kepercayaan dan peluang yang diberi pada orang lain akan menyerlahkan bakat2 yang terpendam selama ini. Ianya dapat menghargai sumbangan setiap individu yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan bukannya bersaing dalam grup yang sama tak kira pencapaian maupun populariti.

Musim haji dulu dan lani


Semasa kecik2 dulu bila sebut orang nak pergi haji, meriah kat kampong dapat makan kenduri makan sedap2. Dengar cite dia orang pergi naik kapal laut berbulan2 lamanya baru sampai dan yang paling takut dengar kalau ada meninggal dunia dalam perjalanan dikebumikan dalam laut dengan mengikat pemberat pada jenazah tersebut. Maknanya nak dapat haji tu bukan senang.


Kini zaman dah berubah, dunia dah maju. Pergi balik haji naik kapal terbang boleh minta pergi lambat balik cepat dalam sebulan je. Walaupun ada yang nak beribadat lama di Tanah Suci minta pergi cepat dan balik lambat. Lazimnya yang pergi cepat balik pun cepatlah dalam 45 hari juga. Cuti staf gomen hanya 40 hari jadi balance kena ambik cuti sendiri lah. Baru2 ni sistem pun ada sikit ubah, mungkin sebab dapat kuota tambahan, ramai yang 'oncall', dipanggil segera untuk pergi haji. Bagi yang memang dah bersedia dan rela 'oncall' tak de masalah. Tapi yang perlu beres hal anak2, cuti, gitu gini mungkin ada yang tak dapat pergi. Teringat akan kata2 ustaz Imam Shafaat Masjid Hasanah BBB yang mengajar kursus haji, katanya bila dah niat nak pergi haji jangan ubah2, yakinlah rezeki dari Allah. Bila dapat surat maknanya nama kita InsyaAllah dah ada dalam senarai tetamu Allah. Ketepikan masalah remeh temeh, kuatkan iman, tingkatkan kesabaran pergilah beribadat dengan sepenuh hati.


Pengalaman sendiri menunjukkan ianya berlaku. Mula ditawarkan pada tahun 2003 tapi akibat dari kemalangan masa kerja yang menyebabkan terpaksa bertongkat lebih 5 bulan, doktor yang memeriksa kesihatan sebelum pergi haji menasihatkan agar pospon haji tahun tu. Alasannya haji wajib sekali, mengapa tidak bagi kuat sikit kaki baru pergi. Jadi dapat buat dengan sempurna dan mengurangkan kebangkalian akan tercedera lagi. Nasihat doktor diterima seadanya. Pada tahun berikutnya ingatkan nama otomatik naik tapi tidak, bila disemak nama dah tersenarai dalam mereka2 yan dah pergi haji. Jadi pada 2005 mengikuti kursus haji sekali lagi dan beritahu LTH yang dah sedia mental dan fizikal untuk mengerjakan ibadat haji. Takdir Allah mengatasi segalanya, semasa belajar Sarjana dan berurusan dengan Fakulti Siswazah UPM 2005, terkena strok sebelah badan kiri tapi sempat masuk Hospital Putrajaya. Masa tu dah terbayangkan tak dapat lagi pergi haji. Setelah berada di hospital serta fisioterapi, pergi dapatkan juga rawatan urut strok pada Tuan Hj Mazlan, Imam Masjid Jasin (kini arwah) sebanyak 3 kali. Syukurlah dengan berkat usaha semua itu, kembali pulih walaupun tak berapa kuat. Bila dapat panggilan pergi haji terus tekad untuk pergi. Takut pula nanti di tahun2 akan datang entah apa pula dugaan, kesibukan yang akan mendatang.


Syukur alhamdulillah di Tanah Suci, semua urusan haji dapat dibuat sendiri tanpa perlu diupah. Entah macamana kekuatan diri terasa, bersemangat dan berupaya berjalan, tawaf, saei dll tanpa masalah besar. Rupanya setelah berangkat dari Kelana Jaya, ustaz Yusof, salah seorang ustaz yang mengajar aku di SMSK tahun 1974 dulu ada datang ke rumah. Dia nak bagitahu suruh pergi juga haji jangan tangguh2. Kalau jadi apa2 pun di Tanah Suci jangan risau. Memang pun dalam hati kecik masa tu dah tekad dah, tak kisahlah jadi apa pun. Malahan wasiat pun sudah ditulis sebelum berangkat ke Mekah.


Kini kengkawan sama kerja ada yang dah berada di Tanah Suci. Poji, Mazli, Maurad, En Rahim dan isteri masing2 sedang menunggu untuk wukuf di Arafah tak lama lagi. Mael pula dah jadi orang besar D Saji Mekah, satu kareer yang jauh terpelanting dari bidang R&D Patologi sawit sebelum ini. Bila ingat Maurad teringat pula eskalator Maurad yang boleh kita naik terus ke tingkat atas Masjidil Haram. Dulu bila jemaah makin sendat, terus naik ke atas bersama isteri untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Suasana lebih nyaman dan selesa dari bersolat di dataran Marwah tak jauh tandas lelaki tu.


Musim haji datang lagi. Entah tak tahulah bila pula dapat pergi lagi beribadat di Tanah Suci. Kini difahamkan kedai2 di keliling Masjidil Haram sudah dirobohkan untuk pembangunan seterusnya bagi keselesaan para jemaah. Perhimpunan berjuta umat Islam ini tersenarai dalam rekod dunia bagi perhimpunan upacara beribadat terbesar di dunia. Bayangkanlah 3 juta umat Islam akan rukuk dan sujud pada Allah SWT pada masa yang sama tanpa mengira bangsa, warna kulit, pangkat atau pun harta.

Khamis, 19 November 2009

Salam Jumaat




Awal pagi terima sms dari bakal Hj Poji. Dia Murad dan Mazli breakfast kat D Saji Mekah dapat bersua teman lama sana. Good business Felda buat kat situ, dapat bantu jemaah menikmati makanan Malaysia yang sebenarnya. Masa gi haji dulu pun kalau nak makan masakan macam Malaysia kena pergi maktab lain. Yang banyak adalah makanan Indon dan Patani. Masa kat sana, ayam, kambing, nasi Arab murah dan mudah dapat. Yang betul2 terasa sedap bila dapat kicap Tamin, ikan masin, telor masin dan sambal belacan la.


Hari ni penghulu segala hari. Hari pun terasa sekejab kerana 1215pm dah rehat dan masuk semula 245pm. Kebetulan hari ni ada pembentangan dari pagi hingga petang. Esok pula geng opis pergi rombongan sehari ke Gua Tempurung dan Lata Kinjang. Tak jauh dari kampungku, Malim Nawar tu ke Gopeng. Ikut ramalan cuaca 3 hari ni hujan. Mungkin tak sesuai untuk sight seeing dan cabaran bai yan nak buat kenduri kendara ya.

Mai pakat doa




Malam Jumaat kita biasa baca Yasin, Tahlil, berdoa untuk arwah2 dan kesejahteraan kita semua. Ada juga orang tak mau ikut tapi tak pa lah. Kita bese dengar ustaz duk kata,'Tak berubah takdir melainkan dengan doa'...Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, kita minta apa pun InsyaAllah Dia bagi. Kita rasa segan sebab amal tak tara mana doa minta macam2 tapi dari segi Tuhan, Dia suruh minta aje.


Kalau kita faham bahasa Arab, bacaan dalam solat tu sendiri doa. Doa atau permintaan pada Tuhan Yang Maha Kuasa bukan milik orang tertentu saja tetapi milik semua makhluk Allah. Terima atau tidak, kabul atau tidak itu bukan urusan kita. Pada masa yang sama kita dilarang keras ada menyimpan sifat riak atau memandang rendah pada orang lain. Bak kata lagu Raihan, iman adalah mutiara, ia tak boleh dijualbeli mahupun diwarisi. Kita berdoa agar hidup mati kita sentiasa dalam iman, berpegang teguh pada ajaran yang diturunkan oleh Allah SWT melalui pesuruhNya.

Rabu, 18 November 2009

Ubat dan penawar musim hujan ni



Hujan lebat petang tadi mengakibatkan jalan arah Bdr Tun Razak dari Sg Besi banjir di dua lokasi. Sistem perparitan yang ada tidak mampu mengenyahkan laluan air deras di atas jalanraya sehingga menyebabkan beberapa kereta terkandas. Itu cabaran pemandu. Cabaran hebat juga hujan2 ni buat para pelajar yang mula menduduki SPM pada hari ini. Tergelak dengar budak sekolah yang ditemuramah di radio, suara macam kompiden je tapi ada yang berkata nak exam tapi sejarah belum habih baca lagi...


Lani musim hujan lagi lah ramai terjejas dan mudah kena batuk, selsema, asma. Maka berpusu2lah yang tua, muda dan yang kecik2 kua masuk klinik. Bermacam2 ubat dan penawar diberikan bagaikan penyambung nyawa. Macam bese, kalau semua orang sihat je, tak dak pulak keje nurse dan doktor pula kan. Namun begitu, setiap ubat ada juga kesan sampingan. Selain tertulis dalam kertas yang didapati di dalam kotak ubat, maklumat terperinci kini mudah diperolehi di hujung jari..yakni melalui internet. Ada sahabat yang baru dapat ubat, baru tahu yang ubat itu sebenarnya pelega atau paliation sahaja. Nak tergelak aku bila doktor berkata,' lu kena makan ubat sampai bila2 sebab orang lain sakit baru makan ubat tapi lu kalu tak makan ubat jadi sakit...' la pulak dah! Memangla ubat darah tinggi gitulah, dah mula makan tak boleh stop la...

Selasa, 17 November 2009

18Nov 1987


22 tahun telah berlalu. Arwah mak telah meninggalkan kita dikala aku baru 3 tahun melangkah ke alam pekerjaan. Seminggu sebelum itu, arwah mak berada 10 hari di rumahku untuk bersama anak isteriku kerana aku bertugas di EXPO Peladang Petrajaya, Kuching. Terdapat beberapa perlakuannya yang aneh yang hanya dapat dikesan setelah beliau tiada.


Semasa berbual dengannya arwah mak pernah menyuruh aku bertanya para ustaz apa hukumnya menyuruh orang mengaji atas kubur selepas seseorang itu meningal dunia. Dia juga bercerita yang anak jiran di kampong, Wahidin, walaupun ada sedikit kurang tapi selalu membayar bil api air surau madrasah tiap bulan bersedekah untuk arwah bapa dia. Arwah juga berkata kalau dia mati, dia tak nak menyusahkan anak2 yakni tak nak sakit lama. Di hari akhir di rumahku, arwah beriya betul minta izin nak minta ambil sikit minuman dalam peti ais. Dia juga memasak gulai taucu khas untuk aku buat makan malam nanti seolah2 itulah bekalan last untukku.


Semasa arwah mak kena strok pertama dan dihantar ke Hospital Ipoh menggunakan ambulan Sg Siput (U) pada 17Nov 1987, aku masih berkerja dalam lab di bawah Dr Mohd Ali Sekak. Aku pun minta izin beliau untuk menziarahi arwah mak di Wad Hospital Besar Ipoh. Malam tu aku dapat naik ke wad untuk berjumpa mak, walaupun terpaksa memanjat tangga khas untuk bolos ke atas. Ada adik beradik yang sangkut tak dapat naik dari pintu lif kerana Jaga amat setia menanti dan akur pada perintah Bukan Waktu Melawat. Malam tu walaupun arwah mak dah strok sebelah badan, sudah pun sejuk dan lemah separuh badan tapi masih jelas sebutannya. Dia masih berupaya bercakap bertanyakan anak isteriku yang berada di bawah. MakCu, adik bapalah yang menjaga mak ketika itu. Selesai malam tu kami balik ke Malim Nawar.


Pagi keesokannya, ketika bersarapan nasi lemak, panggilan telefon dari MakCu memberitahu mak sudah nazak setelah terkena strok kali kedua. Awal pagi, arwah mak dikatakan minta MakCu mandikan dia bersih2 seolah2 bersiap sedia akan pergi jauh. Sampai ke hospital pagi tu masalah besar untuk dapat naik ke atas. Kerana Jaga ni benak macam robot tak tau apa itu budibicara dan nazak, tengah adikberadik bertengkar dengan Jaga, aku dan beberapa yang lain berlari naik ke atas ikut tangga. Sampai di atas, seorang doktor Cina sedang memeriksa mak. Bila kami menghampiri mak, Dr berkata,'Don't talk to her...don't talk to her!'. Sedang kami terpinga2 melihat mak sedang nazak, datang seorang HA/atenden lebai datang bawa bangku seraya berkata,'Cepat abang, bacalah Yasin..jangan peduli dia bukan Islam mana dia tau apa!' Aku dan yang lain pun duduk membaca Yasin disamping bergilir2 dengan yang lain mengajar mak mengucap. Tangan aku memegang tangan mak. Selepas 3 kali Yasin, diselangseli dengan mengucap di telinga mak, aku terasa nadi mak terhenti dan ombak di dada mak sudah terhenti. Innalillahi wainnailaihirajiun! Arwah mak telah pergi buat selamanya, setitis air mata dilihat mengalir di pipinya...Pihak hospital menutup mayat mak dan dibiarkan dalam sejam sebelum urusan membawa pulang jenazah dibuat.


Semasa proses mengeluarkan surat mati, petugas seorang India membebel, 'this is the problem, nowadays everybody take that palm oil,,,,cholesterol..bla..bla..bla,..'. Mamat ni tak tau yang aku keje tempat sawit dan aku taulah minyak sawit mana ada kolesterol. Sebab dalam kesedihan, tak larat aku nak melayan benda karut marut petugas itu. Aku mengiringi arwah dalam kereta jenazah balik ke Malim Nawar. Orang kampung terkejut besar bila dapat tahu yang mak yang dikatakan pergi hantar belanja kahwin abangku, balik dalam kereta jenazah.


Arwah diselenggara dengan lancar dan dapat dikebumikan selepas asar di Malim Nawar. Bapa yang ada ketika itu amat stabil sekali tetapi tidak dapat menahan sebak dan kesedihan keesokan harinya. Rosnu pula ketika itu masih menuntut di England. Bila mak dah tak ada, baru aku tahu betapa sunyinya hati aku. Hilang tempat aku bermanja, melawak, berkongsi maklumat suka dan duka walaupun ketika itu aku sudah berumahtangga.


Kini bila aku sudah agak stabil dengan gaji yang selesa dan dengan segala kemudahan, anak isteri dll, terasa sebak di dada setiap kali aku menikmati hidangan lazat mahupun berjalan ke sana ke mari, kerana aku tidak sempat memberi mak segala itu di kala dia masih hidup. Maklumlah ketika mula bekerja gaji baru RM745, gaji bersih dalam RM400 sahaja. Arwah mak pernah berpesan,'Kamu Mat, kalau pindah rumah bawah nanti, gemuklah kamu...' kata dia pada kali terakhir dia meninggalkan rumahku. Dulu masa duduk flat, berat badanku 45 kg tak lebih dari tu. Kini bila dah duduk rumah teres lebih 19 tahun, dah sekali ganda lebih berat badanku.


Sesakali kenangan bersama arwah mak dan apak terimbas kembali juga. Hanya doa serta sedekah untuk mereka yang mampu aku lakukan agar roh mereka dicucuri rahmat dan didoakan agar ditempatkan dikalangan mereka2 yang di dalam syurga...Amin!

SPM esok la


Antara topik hangat yang dijadikan perbualan hari ni adalah musim banjir dah kembali lagi, isu JAIS-bekas mufti Perlis dan SPM mulai esok. Walau bagaimanapun mungkin sebab cuaca pun hujan berlanjutan, berhenti sambung balik, mungkin menyebabkan isu2 tidak panas sangat. Staf yang outstation di Paka dapat menjalankan tugasan hari ni dengan baik kerana cuaca di sana dikhabarkan ok. Sahabat baik, Wak Jamil pula menjalani pembedahan di Kajang dan telah pun keluar wad. Seorang lagi sahabat karib telah menjalani rawatan dan dikhabarkan ok serta menjalani rawatan pakar. Sejak akhir2 ini ramai yang uzur tak kira tua atau muda. Hari ni merupakan hari persediaan terakhir atau last kopek untuk menghadapi SPM. Semoga Wani dapat menghadapi SPM dengan hati yang lapang, otak yang cerdas, yakin, kuat ingatan serta yakin akan berjaya, InsyaAllah. Apa pun selepas berikhtiar, wajib berserah pada Yang Maha Esa..berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan berjaya hendaknya.

Isnin, 16 November 2009

Dari kerana mata







Bila klasik nasional mendendangkan lagu 'Dari kerana mata' oleh R Azmi, kita terpesona dengan lirik dan gaya lagu itu dipersembahkan, walaupun dipandangan anak2 zaman sekarang tak lalu sangat mendengar lagu2 lama sedemikian rupa. Perhatikan baitnya:


Dari kerana mata....
Yang empunyai kuasa
Oooo aku tergoda
Aku tergoda
...terpesona
Dari kerana mata....


Makna kata R Azmi telah mengutarakan kekuatan mata dalam perlakuan manusia terutama dalam bercinta. Maka sebab tulah dikata dari mata turun ke hati. Kerana cinta dikata buta, apa yang dilihat jika dipahat di hati tak mungkin berubah lagi.


Dalam kehidupan seharian, anak2 kalau melihat mata mak bapa yang menjeling semacam, akan paham yang mak bapa mereka marah atau tak berkenan dengan apa yang anak2 buat. Mak bapa juga boleh mengecam dari mata anak2, boleh tahu sejauh mana kesungguhan, kejujuran, keberanian anak2 apabila membincangkan sesuatu perkara. Pasangan bercinta baik cinta monyet atau cinta manusia pasti akan terikat dengan 'eye contact' yang mengasyikkan. Bila berbual dengan kengkawan, tenguk gerak mata pun dah tau kawan kita tu betul ikhlas, berani bersemuka atau gabra menyimpan sesuatu di belakang kita.


Tetapi persoalannya macamana dengan orang buta? Inilah yang dikatakan 'mata hati'. Tak kenal maka tak cinta kata orang kita, dah kenal pun tak cinta tu kes beratlah. Sebab tu kalau pasangan sedang mencari2 keserasian untuk berumahtangga akan guna istilah 'dalam proses mengenal hati budi masing2'. Perhatikan gambar2 mata ni, mana yang 'daring', mengancam atau ada uumph?


Kalau untuk mula mengenal agama adalah dengan mengenali Allah (Awaluddin makrifatullah), untuk mengenal manusia mungkin juga dengan gerakhati melalui pandangan mata. Sebab tulah sekali pandang, build-in komputer diri kita sepantas kilat boleh berkata, 'Oh cantiknya dia', 'Oh boringnya Mamat/Awek ni', 'Ok gak Mamat/Awek ni', "Loghatnya Mamat/Awek ni'....


Tapi orang di Parit pula lain ceritanya, bila si Mamat nyaris terkena balingan bola rounders ke matanya, si Mamat lega sambil melurut dada katanya..'Nasib baik terkene dade, kalu kene mate bute...'. Hehe...






Sedalam mana cinta kita pada Malaysia?




Sekali sekala kita perlu juga menguji gerak hati kita sedalam mana cinta dan sayangnya kita pada negara kita yang bertuah ini. Mungkin betul juga kata kengkawan yang pernah merantau keluar negeri samada berkursus atau menyambung pengajian di peringkat tinggi. Keindahan, keseronokan untuk berjalan, melancong sekejab2 oklah tapi untuk tinggal lama di negeri orang itu mungkin tidak seindah kata. Pepatah Melayu ada berkata, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baiklah negeri sendiri'. Suasana aman, hidup berjiran dengan sifat toleransi, tolong menolong, hidup bermasyarakat merupakan suasana lazim di Malaysia tetapi tidak ujud di negara2 maju pun. Meskipun mereka memiliki bermacam2 kemudahan, tetapi belum sampai ke tahap mempunyai masyarakat majmuk bertoleransi bekerjasama seperti kita.



Mampukah kesetiaan dibeli? Mana yang pernah duduk bertahun2 di negeri orang, sudah pasti akan tahu bezanya berada di sini dan di sana baik dari segi keselamatan, kemasyarakatan, keharmonian, kebebasan dll. Tak heranlah ada satu cerita pernah seorang pekerja estet berbangsa India selepas kembali balik bercuti ke negaranya, sampai balik sini terus cium tanah sini. Bila ditanya kenapa?Jawabnya,'Oooyoo sini tampat manyak baik, cari makan pun cenang, tarak gaduh2...'

Hujan sepanjang hari


Hari ni merupakan hari yang muram dan lembab. Hujan turun dari awal pagi semasa pergi balik Cheras lepas suboh. Suasana kabus di kawasan bukit seolah2 suasana di Cameron Highlands tadi. Hujan terus lebat menjelang tengahari. Dalam pepe, di Kedah, Perak Utara dan Kelantan dah banjir. Tak taulah macamana keadaan budak2 outstation ke Paka dan Endau minggu ni. Hujan2 ni mengimbas kembali banjir besar di Perlis tahun 1976/77 dulu. Memandangkan SMSPs terletak di tengah2 bendang Behor Pulai, Kangar, banjir menjadikan kompleks sekolah ni seolah2 berada di tengah tasik dan bila angin bertiup macam di tengah2 lautan berombak kecil. Banjir juga mengingat kembali kawan serta staf lamaku Bob, yang telah lama meninggalkan perkhidmatan atas masalah peribadi. Kali terakhir berkunjung ke rumahnya di Ulu Slim, musim banjir, dan kereta Proton Saga BCL215 nyaris sangkut kerana banjir deras atas jalan di situ.


Banjir juga memaksa ramai yang terpaksa berpindah. Dan bagi yang akan menduduki SPM, ini merupakan cabaran yang amat besar. Bagi yang asma, musim tengkujuh ini satu cabaran juga kerana paru2 mudah lembab selain demam selsema mudah berlaku. Bagi yang nak buat kenduri kahwin ini juga cabaran yang perlu dihadapi.

Ahad, 15 November 2009

Azan subuh bergema lagi


Permulaan yang baik jika dapat bangun mengerjakan subuh di awal waktu. Arwah apak dulu bangun awal pagi, lepas subuh cepat2 buka tingkap rumah lama sepanjang 220 kaki tu. Kita lani tak boleh camtu sebab aedes ada, malaun pun ada. Hari ni kena hantar Wani ke Ceras lagi. Minggu ni akan bermula SPM dan yang akan melorongkan dia ke mana lepas ni. 3 yang di atas dah nampak nitch masing2. Syukur juga adik dapat hadiah top ten esok walaupun tak dapat anugerah macam dulu. Mem pun nampak sihat sikit pagi ni. Bersyukurlah seadanya. Kaklong sms nak balik sabtu ni, sama hari Kak Jah mengahwinkan 2 anaknya. Dapat email dari Adi, Cebil merajuk. Ti pula dah jadi agen barangan dalam gambar ni. Kira oklah tu, cakap2 juga, email2 juga tapi business ON juga hehe..Gudlak my sister! Jangan lupa promo masa berkumpul masa korban raya haji kedua nanti ye.

Good n bad news

Disebabkan ngantuk tadi lepas balik pasar tani, terus tertido. Terjaga oleh deringan telefon dari Senawang yang bertanya khabar. Begitu juga dari Kluang dan enquiry tentang pengubatan dari rakan setugas. Hero pun tepon sebab kancil bocor gasket/bearing kena ganti. Dah kian uzur kancil tu apatah lagi yang membawanya tak pro. Pencucuh api rokok kete pun ada Mamat cuci kete rembat! Good news sebab hero belanja nasi Arab kat Saba Cyberjaya, yang terkenal dengan nasi beriani ayam, kambing ala Arab dan jus minuman segar serta punch. Dah lapar sangat sebab terlewat, makan pun nalla je la.
On the way balik, singgah jambatan Putrajaya dan Masjid Besi. Cantik senarionya tapi lengang tak macam Masjid Besar Putrajaya yang sekitarnya meriah, ceria, ramai pengunjung dalam dan luar negeri. Adik nak tenguk wayang 2012 tapi minta dia KIV dulu. Balik singgah juga beli adapter handpon kaklong kat Bilion. Terserempak dengan Hj Omar Kamal dan Hajah Rahimah, jiran lama kat Flat Jalan 1/7 BBB dulu2.
Malam nanti kaklong nak balik Shah Alam. Wani pula tunggu masa nak exam SPM minggu depan ni. Adik cuma dapat hadiah top ten kali ni tapi oklah tu. Tati tak lama lagi nak habih praktikal. Tentu lepas ni sibuk buat repot. Aku pun belum tenguk repot budak treni yang dikirim pada kawan baru ni. Hari masih muram. Macam sayu seolah2 ada orang bersedih. Mungkin ada yang sakit atau tidak kesampaian apa yang diharap2kan. Apapun hidup mesti diteruskan. Moga esok lebih baik dari hari ini.

Sabtu, 14 November 2009

Isu semasa



Entahla lani macam2 ada, kalau nak ngaji agama pun kena hati2 sebab zaman kian kompius. Yang ni kata dia betul, yang sana kata dia pun betul. Dulu senang, kalau gi ikut dengar ngaji arwah Tuan Kulub Tualang Sekah, apa yang diajar itulah dianya. Sama juga dengan ajaran arwah Tuan Guru Yop Majlis di Malim Nawar. Tak timbul langsung cite yang guru ni pembawa dia lain macam ke gitu gini. Dalam pepe dan TV pun, macam dalam kes bekas tokoh agama negeri utara ditahan mengajar tanpa permit, yang menahan kata sah buat ikut undang2, yang kena tahan pula ramai penyokong dan kata dia dah pernah jadi yang no1 penjawat agama takan tak bertauliah lagi. Kini dah peringkat makin kronik, media masa lagi lah. Maka timbullah cite Wahabi dll. Kalaulah ada betul2 pentas yang bebas dan diadili seadil2nya, senanglah orangramai dapat tau apa sebenarnya berlaku dan kita selaku umat Islam kena berpendirian macamana. Lani kata orang utara, kalut tak ketahuan masing2..kompius. Dalam Utusan hari ni ada artikel pula cite bab Wahabi oleh hamba Allah yang ditahan hari tu. Harap semuanya setel dengan baik dan Islam amnya tak tercemar dan digelakkan oleh masyarakat umum.




Sejak akhir2 ni macam2 ada, Rasul Melayu la, pompuan nak kena sebat minum arak la, orang ni orang tu kena tangkaplah, pihak ni salahkan yang tu, yang tu salahkan pihak lagi satu, cacamarba. Di Malaysia juga rupanya fahaman Shiah pun dah menular. Aku tau Imam Shafei Sunnah wal Jamaah je. Sebab dari kecik lagi bila dengar orang2 tua berjanji misalnya nak ke kebun ke, tangkap ikan awal pagi ke, akan sebut 'Teman tunggu mike lepas Subuh Sapie' maknanya sebaik selesai solat Subuh masuk je waktu (1st class la), menunjukkan kuatnya pengaruh Imam Shafie dalam kehidupan Melayu Islam masa tu dan pentingnya waktu solat dijaga.




Kini masyarakat umum kian kompius antara kebenaran, kepalsuan, kepopularan, kepolitikan, keagamaan, kehukum hakaman, penguatkuasaan, dll. Setahu aku bab agama Islam ni tertakluk bawah kuasa Sultan selaku ketua agama dan di bawahnya ada enakmen2 tertentu. Hanya yang arif taulah. Ramai yang menanti dengan penuh minat. Tak taulah apa kesudahannya nanti.

SPM round the corner



Tinggal berapa hari je lagi, ramai yang akan bertarung menghadapi SPM. Aku dulu MCE 1977, lama dah tu. Tapi masih segar di ingatan macamana strategi ulangkaji dan persiapan yang dibuat. Dulu tak banyak soalan contoh, ramalan, latihtubi, kem itu ini. Memadai dengan apa yang ada, percubaan dan ulangkaji. Grup discussion pun ok tapi tiap members kena redi la dulu tak la datang nganga je.
So GOOD LUCK and DO YOUR BEST !!! Jangan lupa lirik...ooop Jangan lupa study daaaa.....!

Dini hari bersama teh tarik segera


Lewat tengah malam tadi teringat nak sms Wak di Mekah. Rupanya dia baru lepas Isyak, jemaah dah makin padat. Dia hanya solat di dataran Marwah berdekatan tandas lelaki. Aku sms balik cuba cari Eskalator Murad tak jauh situ boleh lain kali terus naik tingkat atas, lebih selesa sembahyang dan tawaf. Dulu di situlah aku dan isteri bila keadaan agak sesak. Dengar khabar, kedai2 jualan termasuk Bakso dah dirobohkan menjadi dataran luas serta pembinaan hotel2 besar. Di Madinah lebih teratur, bangunan2 hotel di bawahnya pusat jualan yang luas bersambung2. Difahamkan saudara Mazli, dari Teluk Intan baru sampai ke Tanah Suci. Seronok dia orang dapat beribadat di sana, walaupun bersesak2 tapi muat, masih ada ruang untuk tiap umat yang datang.


Menjelang dini hari ni terutama hujung minggu terdapat trend pula anak2 muda merayap keluar malam ke pagi. Alasan mulanya 'nak kua minum', tapi orang dah tahajuj, gitu gini tak balik2 lagi. Anak2 muda sekarang kononnya berjumpa kawan, pekena tetarik di kedai2 Mamak 24 jam, tak tau lah sembang apa sampai ke pagi. Masalahnya nanti subuh entah ke mana nanti. Terutama yang balik dah dekat2 nak subuh, penat ngantuk tidor ke tengahari. Ni lah yang dikatakan hilangnya lateral thinking dalam hidup. Masalah ini diperhatikan kian menjadi2, malahan bancian rambang menunjukkan dalam setiap rumah akan adalah wakilnya.Mengapa ini terjadi? Kurang pengawasan ibubapa?Zaman dah berubah, dunia dah maju? Boring duk rumah?Siang tak dapat lepak2 bersama kengkawan???


Yang jadi mangsa adalah ibubapa yang tidor jaga tidor jaga mengenangkan anak2 belum balik lagi. Ada yang ada handpon, kadang2 tak jawab, atau memadai jawab 'Taula taula'. Apatah lagi bagi kes2 dimana ibubapa yang kurang sihat. Gejala sedemikian rupa merupakan salah satu perosak minda anak2 sekarang ke arah membentuk masyarakat berhemah, lateral thinking, tau yang mana betul yang mana salah dan proaktif terhadap persekitaran. Sapa ada anak remaja duk kat bandar2, taulah cam mana! Betul kata Nabil, 'Lu pikirlah sendiri !'

Kunjungan In Omaq


Dalam pukul 3pm, In Omaq dan bodigadnya datang ziarah ke rumah tadi selesai gi makan kenduri kawan nak pergi Mekah di Fasa 4 tambahan BBB. Lama gak tak jumpa hero kecik ni, dulu aku, dia n Ali jaguh kecik tapi lani aku beralih wajah. In masih mengekal kejuaraan. Hero dia pun badan besor dah habih diploma nak sambung degree Kulinari pula.Bila sakit dan ada kengkawan lama datang, terhibur gak rasanya.
Tahun depan depa nak buat gadering 50 tahun, SMSK, SMSPs pun nak buat. Prof Ain agak sibuk marking pepe budak2 UPM jadi tak dapat datang. Masih segar di ingatan bila kena ragging lepas masuk SMSPs Form 4 dulu. Tapi hepi je geng kita orang. Ada yang masih kontek, ada yang entah ke mana (MIA) dan ada yang dah kembali kerahmatullah seperti arwah Selamah Yahya, Mansor@Chot , Pak Toi, Tok Pin dan Pak Ya. Cikgu Aziz Tapa dapat dihubungi baru2 ni dan duk tinggal tak jauh Uitm Arau.

Jumaat, 13 November 2009

Hujan 3 hari ni





Hari ni muram je mendung. Macam dalam ramalan tu. Tapi ok awal pagi dah ke market Kajang membeli keperluan dapur macam bese. Walaupun berjalan terasa menangkap ke peha dan pinggang, kehidupan mesti diteruskan. Pada masa yang sama terbaca artikel mengenai Tasik Titicaca, tasik tertinggi di dunia yang berada di Amerika Tengah kian cetek disebabkan oleh global warming. Dulu masa sekolah nama inilah yang kena hafal, sure cikgu buat soalan bab ni.
Balik dari Kajang tadi sempat pekena tetarik Mamak dan tapaw canai, capati dan maggi goreng. Hero tak sempat sebab dah kena gi keje. RO 3 sekawan sms tanya pe kabo...nak jawab camne tak tau la..kata ok kadang ko,,,kata ko lani kat kedai Mamak ok..hehe. Apa yang mahal, endingnya dia TQ and kabo ur my mentor kihkihkih! Aku saja acah dia sebab buat miting semalam tak ajak. Aku pun bukan nya rajin benor gi miting tapi budaya adat resam Melayu, macam kenduri la ajak aje, tak semesti orang datang. Bila dah kabo tak datang , barulah dalam minit catat 'tidak hadir dengan maaf' (absent with apology). Kalau tak, gitu hal je la. Miting EGM pun bernotis nikan pula miting projek juta2 yop!
Azan zuhor dah beralun di laptop ni, memang pilih azan Masjidil Haram kasi uumph sikit! Oklah nak solat dulu..koje2 juga, internet2 juga, blog2 juga, tapi solat kena ON dulu yop! Dah setel, go head le nak buat apa pun......YEEEEEEEEESSSSSSS !!!

Wajah2 SMSPs: 1977


Wajah2 suka, duka.....






















Dalam kehidupan seharian, emosi kita banyak dipengaruhi oleh faktor luaran meskipun pada asasnya terpulanglah pada tuan punya diri. Tidak dapat dinafikan, ada orang mempunyai wajah yang sejuk mata memandang. Lantaran itu banyak faktor kemanusiaan mempengaruhi corak penghidupan beliau. Namun bagi yang kureng bernasib baik, yang tidak sepertinya akan tenggelam di bawa arus kekalutam yamg akhirnya identitinya terus dibayangi oleh orang lain meskipun kepakaran, kemahiran dimiliki sepenuhnya.


Ragam atau peel manusia ada macam2 ada..tapi tak pe la itu dikata kepelbagaian atau biodiversiti dalam kehidupan. Kalau tak tentulah jadi boring dan monotonous kehidupan kita ni.