Diam tak diam akhirnya 2 treni dibawah penyeliaanku dah tamat latihan. Dalam masa yang sama depa pun sibuk minta keje sana sini dan pergi interbiu. Buat juga surat sokongan mana tau kut2 boleh membantu. Orang berbudi kita berbahasa. Mana yang ok kenalah dibantu agar lorong kejayaan mereka samada bidang kerjaya maupun pengajian dapat diteruskan atau dicerahkan. Kadang2 ada juga yang masa trening sambil lewa, bila dah habis baru tau ruginya.
Pelajar2 sekarang perlu dibimbing lebih sikit agar depa dapat comply dan tahu apa yang patut dibuat. Asas trening adalah memberi pendedahan pada alam pekerjaan. Yang penting belajar perkara2 yang tak dapat diperolehi dari buku dari U. Ini termasuklah pengurusan sumber manusia, psikologi, disiplin, PR, kontek, halatuju, teknoloji yang ada, peralatan2, belajar bercakap, bergaul disamping tugasan mini projek yang diberikan. Difahamkan depa dah interbiu Risda, SPA, State government dll. Oklah tu ada cubaan untuk berjaya.
Sepertimana biasa, aku agak strict. Selagi tak hantar laporan soft & hardcopy, selagi itu laporan prestasi tak dihantar ke U mereka. Pernah berlaku pada bos sendiri, yang apabila semua borang dah sign, treni pun ghaib tak hantar laporan dan data2 yang sepatutnya disimpan di opis. Jadi boleh kah treni macam tu jadi pekerja yang rajin dan amanah di masa akan datang?
Sebagai manusia yang pernah jadi pelajar juga, aku bagi kelonggaran untuk buat kerja, berfikir dan buat mengikut kreativiti masing2. Yang penting boleh bekerjasama, patuh pada arahan, tak faham tanya dan buat sebaik mungkin. InsyaAllah lepas tu, dengan sendirinya penilaian prestasi tinggi dan boleh rekomen pulak tu agar mereka ini diberi kepecayaan dan peluang untuk sambung ke MSc PhD atau bidang kerjaya. Kita latih orang jadi orang lebih berjaya dari kita, itu misi kita, bukan nak sekat masa depan orang.
Seperti juga masalah semasa, treni sekarang perlu memperbaiki penguasaan BI, keupayaan untuk berbincang secara profesional dan budaya suka membaca jika ingin terus cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan