Rabu, 11 November 2009

Diari hati


Semalam terbaca berita akhbar seorang warga mas tikam sampai mati isterinya berumur 73 tahun atas alasan tak mahu bercerai dengannya. Tak terfikir pula boleh berlaku macam tu pada pasangan dah lanjut usia. Dulu ada kes di BBB hal cinta tak berbalas, pun mati juga. Tapi itu orang muda. Maknanya kes seperti ini boleh berlaku pada berbagai peringkat umur juga. Macam komen2 orang dalam blog pasal ustaz belasah budak sekolah baru ni. Ramai yang salahkan budak sekarang yang nakal dan tak makan saman. Pada masa sama, yang mendidik pula ter'over'.


Lewat petang ni terbaca artikel mengenai placebo atau ubat 0. Dalam homopati misalnya memang ada placebo, kalau pesakit tu datang dan bila ditanya dia pun tak pasti simptom dan sakitnya, bila bagi placebo boleh tenguk kemudian. Kalau 2,3 hari lepas tu dia kata lega, maknanya psikologi aje sakitnya, takde apa2. Tapi kalau lepas tu dia kata tak lega2 dan perasan pula simptom2 yang kita minta perhatikan, jadi kompemlah dia ada masalah kesihatan. Perlu didiagnos secara totaliti agar dapat penawar yang tepat. Terpulang pada persepsi, ada orang kata ubat tipu. Tapi bukan tipu, cuma 0 khas untuk kes2 tertentu sahaja.


Pengalaman dulu masa menjalani skop lutut, pernah doktor pakar berkata pertama kali bagi dia apa yang dilihat tak sama dengan diagnos yang dibuat sebelum2 ini. Maknanya kadang2 ada misteri juga dalam hal2 seperti itu. Bila pergi berubat pula cara pengubatan Islam dan skop semula, barulah gambaran jelas dapat diperhatikan. Samalah orang yang mengalami santau, pernah seorang doktor perubatan berkata sebagai seorang doktor dia tak percaya semua tu, tetapi sebagai seorang Melayu Islam, eloklah pergi berubat cara Islam dulu.


Semasa berjalan keluar masuk wad, dapat diperhatikan macam2 gelagat manusia. Yang sakit, yang menunggu, yang melawat, yang merawat dll. Semuanya perlu kesabaran yang tinggi. Siapalah yang nak sakit dan sudah tentu yang memberi ubat mahu patient cepat sembuh kan. Bagi yang dah merasa taulah makna kata2 ini:


Ingat sihat sebelum sakit

Ingat lapang sebelum sibuk

Ingat muda sebelum tua

Ingat suka sebelum duka


Diari hati menyimpan berbagai pengalaman dan pemerhatian. Bila tenguk yang sakit, bersyukurlah seadanya kita tak macam tu. Bila kita pula ditakdirkan sebegitu, kena bersyukur juga, orang lain ada yang menanggung lagi teruk lagi, gitulah seterusnya. Bagi yang tak pernah sakit malahan tak pernah mkeluar masuk wad, mungkin susah sikit nak faham sebab belum dapat 'uumph' sakit tu dan ujian2Nya. Apapun bersyukurlah seadanya...
Tau tak pe! Gitulah istilah budak2 sekarang....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan