Isnin, 30 November 2009

Raya Korban 2009

Solat raya haji kali ni kat AlKauthar F4 BBB dapat ikuti kutbah Imam Ahmad Badovi. Korban 14 ekor lembu dibuat esoknya. Bergegas balik ke Perak , cadang nak solat Jumaat di Malim Nawar tapi tak kesampaian sebab jem kemalangan sebuah kereta Honda CT di Lembah Beringin. Akhirnya jumaat di Kampar saja. Korban lembu seekor kongsi adikberadik terpaksa sembelih di Kg Memali dan dibawa balik lapah semua di Surau RPAII Malim Nawar serta masak makan sup tulang , kari daging dan nasi putih. Malangnya tak dapat turut serta, muntah tiba2 memanjut2 semasa lepas lapah daging dan terlentang baring saja. Rekod la tahun ni tak merasa langsung sup gear box hehe. Adikberadik juga menangkap ikan di kolam Pak Jun Pulau Pisang dan merasa durian Pakyang. Tapi semua tu teman tak kesampaian, ate dah terlentang. Tanah Cgkat Kobo dah clear dan akan dipasang pagar secepat mungkin. Raya Korban kali ni unik kerana adikberadik pun ada buat korban sama2 dan teman pun nyaris terkorban..huhu!

1 ulasan:

  1. Tok Wan aku dulu pernah berpesan... kalau raya haji jatoh pada hari Jumaat, maka akan berlakulah sesuatu yang besar ketika orang menunaikan haji... itu ramalan dia ..lama2 dulu
    Tengok, hujan lebat di Mekah, Jeddah dll hinggakan banjir..ramai juga yang mati...dulu dah pernah jadi banjir besar di Mekah.
    Di Malaysia pula, banyak kemalangan maut, banyak pasangan suami isteri, banyak melayu islam jadi kita yang masih hidup ni, masih sihat kena bersyukur...
    Aku berkorban dalam hutan jer...

    BalasPadam