Bila klasik nasional mendendangkan lagu 'Dari kerana mata' oleh R Azmi, kita terpesona dengan lirik dan gaya lagu itu dipersembahkan, walaupun dipandangan anak2 zaman sekarang tak lalu sangat mendengar lagu2 lama sedemikian rupa. Perhatikan baitnya:
Dari kerana mata....
Yang empunyai kuasa
Oooo aku tergoda
Aku tergoda
...terpesona
Dari kerana mata....
Makna kata R Azmi telah mengutarakan kekuatan mata dalam perlakuan manusia terutama dalam bercinta. Maka sebab tulah dikata dari mata turun ke hati. Kerana cinta dikata buta, apa yang dilihat jika dipahat di hati tak mungkin berubah lagi.
Dalam kehidupan seharian, anak2 kalau melihat mata mak bapa yang menjeling semacam, akan paham yang mak bapa mereka marah atau tak berkenan dengan apa yang anak2 buat. Mak bapa juga boleh mengecam dari mata anak2, boleh tahu sejauh mana kesungguhan, kejujuran, keberanian anak2 apabila membincangkan sesuatu perkara. Pasangan bercinta baik cinta monyet atau cinta manusia pasti akan terikat dengan 'eye contact' yang mengasyikkan. Bila berbual dengan kengkawan, tenguk gerak mata pun dah tau kawan kita tu betul ikhlas, berani bersemuka atau gabra menyimpan sesuatu di belakang kita.
Tetapi persoalannya macamana dengan orang buta? Inilah yang dikatakan 'mata hati'. Tak kenal maka tak cinta kata orang kita, dah kenal pun tak cinta tu kes beratlah. Sebab tu kalau pasangan sedang mencari2 keserasian untuk berumahtangga akan guna istilah 'dalam proses mengenal hati budi masing2'. Perhatikan gambar2 mata ni, mana yang 'daring', mengancam atau ada uumph?
Kalau untuk mula mengenal agama adalah dengan mengenali Allah (Awaluddin makrifatullah), untuk mengenal manusia mungkin juga dengan gerakhati melalui pandangan mata. Sebab tulah sekali pandang, build-in komputer diri kita sepantas kilat boleh berkata, 'Oh cantiknya dia', 'Oh boringnya Mamat/Awek ni', 'Ok gak Mamat/Awek ni', "Loghatnya Mamat/Awek ni'....
Tapi orang di Parit pula lain ceritanya, bila si Mamat nyaris terkena balingan bola rounders ke matanya, si Mamat lega sambil melurut dada katanya..'Nasib baik terkene dade, kalu kene mate bute...'. Hehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan