Rabu, 11 November 2009

Operasi Changkat Kobo


Semalam operasi nak clear tanah Changkat Kobo dikabarkan baru mula suku, dah jentolak buat hal rosak. Jadi kalau ok, hari ni ON balik. Cadangnya biar tanah lapang, 0, jadi tolak semua pokok, tunggul, simen, konkret yang ada, diangkut buang ke tempat lain.Main Kon, Yang Pa tengah dah bersara ni ok lah buat projek kecik2 ya.


Changkat Kobo tanah pusaka arwah mak apak tentulah mempunyai nilai nostalgia yang amat tinggi. Dulu ada rumah, orang duduk. Sewa tak bayar bertahun, hasil mahsul dia buat macam dia punya, lari malam tinggal harta karun selerak sampah sarap dan bil api air. Bak kata Cina, SELUPA INI OLANG PUN ADA MA? Lepas tak de orang, ada pulak orang komplen tempat khinzir hutan ooop babi hutan landing buat port petang2. Entah ya entah tidak sebab area tu banyak gak rumah 0. Tak nak banyak cengkadak, aku robohkan rumah yang pelan reput tu. Kontraktor India bekas Polis Kampar anak beranak yang buat. Dia tanggal, dia susun, dia ambil kayu tu dan bagi RM400. Rupanya ada gak busines tingkap, alang2 2nd hand ya! Hari tu ada kontrekter Melayu dengor cite upah tanggal aje RM1k. Ni kira ok dapat lak 400. Bab memusnah ni kejab aje tak macam nak buat masa arwah apak dulu.


Ni harap projek ok nanti bila tenang2 pasang pagar, tanam pokok mata kucin, naga, rambutan. Buat rumah nanti dulu. Rumah yang ada ni pun ada bilik tak berpakai! Lagipun kat kampong ni buat rumah kena tunggu, kalau tak jadi macam rumah sebelum ni. Wayar letrik halus pun dikikis kutu!


Malim Nawar ok tempatnya, cost of living murah, cuma politiknya kurang baik sebab melarat ke surau, masjid. Ia tak macam Al Kauthar BBB ni, International open minded,...UMNO boleh, PAS boleh, tabligh boleh, Peghak, Kelate, Ganu, boleh sokmo...asalkan tak lari akidah dan jaga ketenteraman awam la. Teringat kata2 orang bergiat politik Malim Nawar yang pernah berkata pada aku," Kamu mana tau Mat politik sini, kamu duk Kolumpo mane tau!!!". Deme bengang bila aku tanya apa dia strategi pembangunan semasa, jangka masa pendek dan jangka masa panjang Malim Nawar? Aku sarankan deme buat list semua orang susah dan minta bantuan secara peringkat2. Bajet negara banyak, kita je yang ternganga2 nunggu. Kena proaktif iktiarkan. Tak kisahlah sedara kita ke tak yang dapat, Cina ke Melayu ke. Masalahnya dulu suku sakat aje yang dapat macam2. Tu tak betullah. Kita bukan nak duk kat malim Nawar je, kan ke kita akan ke akhirat last2 nanti...sanggup ke kita jawab sume soalan2 di sana? Soalan SPM pun kita ternganga2 kan kan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan