Jumaat, 13 November 2009

Bagai diramal


Hari ni hujan dari siang berhenti dan sambung balik. Tepat jangkaan ramalan cuaca bloggerku yang meramal area Kajang akan hujan 3 hari ni. Ada tempat2 di Kelantan dah pun mula banjir. Selesai solat Jumaat tadi terserempak Prof Razi di luar surau Al Kauthar BBB. Macam bese dia akan bertanya khabar sambil menunggu anak bongsunya. Walaupun dia muda setahun dariku, dia dah Prof dan supervisor MSc aku dulu. Sikap low profile dia memudahkan kami berbincang samada urusan kerja mahupun hubungan kemanusiaan. Sayangnya aku tak dapat mencapai klimaks pengajian atas faktor umur dan kesihatan selain rezeki yang terhalang.


Petang tadi terpaksa pergi opis bawa isteri yang sakit tangan tak larat bawa kete. Walaupun masih cuti, terus ke opis tenguk pigeon hole surat2, memo dll. Dapat berita yang bekas pengarah kimia, Prof Badri telah menjalani pembedahan kanser usus di Serdang. Dalam pepe pula terpampang gambar big bos dianugerah pingat dari DYMM. Opis pula masih lengang, mungkin ramai yang masih terlibat dalam program PIPOC dll. Hujan kembali renyai di waktu petang hingga kini. Tadi singgah beli kueh. Selesai mandi dan solat, ruangan blog ni tetap diupdate demi makluman terutama keluarga terdekat. Lagipun ide tengah ada jangan tunggu...


Tersentuh hati juga tadi Tuan Haji Sam datang bawa beg konfren dan prosiding. Susah payah dia usaha dapatkan. Berkat usahasama dengan beliau dapat menulis poster dan pepe tahun ni. Perbincangan secara mudah dan telus membolehkan hasil dicapai dengan laluan yang lebih mudah. Adakala perbincangan2 secara formal dibuat, tapi akhirnya tak menghasilkan apa2. Pengalaman mengajar kita untuk lebih matang agar dengannya dapat membuat sesuatu demi kemaslahatan umum. Apa ide yang ada dijadikan logik akal sebelum diterjemah dalam ujikaji yang membolehkan sesuatu hipotesis atau telahan dibuktikan. Saintislah katakan... Laluan orang seperti kami yang merangkak dari bawah agak sukar walaupun kelihatan mudah. Adakala lebih menjadi pelakun di sebalik tabir. Oghang Peghak kata bior nampak tengin tapi ceghodek dari ghupe ceghodek tapi tengin. Orang sini tak tau tengin tapi bangang tau le hehe. Namun begitu dalam falsafah hidup, Mat Saleh kata 'easy come easy go'. Benda yang dapat saja kita takan hargainya sepertimana benda yang amat azab kita nak dapatnya. Kita pula 'hard to come, so why must go'. Maknanya kalau dah grab sesuatu, kenapalah kita mesti lepaskan begitu saja. Tapi untuk ilmu, ianya perlu disebarkan. Bak kata dalam mukadimah buku semua tulisan2 aku yang dijilidkan tertulis 'Ilmu bukan macam duit, dibelanja pelan habih...ilmu disebar pelan luas'. Sebab tu bab ilmu tak boleh kedekut, walaupun ada yang kata aku dapat dulu pun bukan senang yop!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan