Isnin, 16 November 2009

Hujan sepanjang hari


Hari ni merupakan hari yang muram dan lembab. Hujan turun dari awal pagi semasa pergi balik Cheras lepas suboh. Suasana kabus di kawasan bukit seolah2 suasana di Cameron Highlands tadi. Hujan terus lebat menjelang tengahari. Dalam pepe, di Kedah, Perak Utara dan Kelantan dah banjir. Tak taulah macamana keadaan budak2 outstation ke Paka dan Endau minggu ni. Hujan2 ni mengimbas kembali banjir besar di Perlis tahun 1976/77 dulu. Memandangkan SMSPs terletak di tengah2 bendang Behor Pulai, Kangar, banjir menjadikan kompleks sekolah ni seolah2 berada di tengah tasik dan bila angin bertiup macam di tengah2 lautan berombak kecil. Banjir juga mengingat kembali kawan serta staf lamaku Bob, yang telah lama meninggalkan perkhidmatan atas masalah peribadi. Kali terakhir berkunjung ke rumahnya di Ulu Slim, musim banjir, dan kereta Proton Saga BCL215 nyaris sangkut kerana banjir deras atas jalan di situ.


Banjir juga memaksa ramai yang terpaksa berpindah. Dan bagi yang akan menduduki SPM, ini merupakan cabaran yang amat besar. Bagi yang asma, musim tengkujuh ini satu cabaran juga kerana paru2 mudah lembab selain demam selsema mudah berlaku. Bagi yang nak buat kenduri kahwin ini juga cabaran yang perlu dihadapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan