Khamis, 12 November 2009

Padang jarak padang terkukur

Akhirnya info dari Malim Nawar bagitahu tanah Changkat Kobo dah licin disodok ditebang jadi padang jarak padang terkukur. Maka hilanglah hendaknya hebuh2 kata selama ni jadi port babi, Matpit, ular lipan dan seangkatan dengannya. Tunggu RMK baru pulak untuk pagar dan bangunan yang sepadan dengannya. Apapun projek mata kucin, buah naga, rambutan, mempelam akan di ON sebaik saja pagar siap.
Ni bukan untuk peringkat kita, tapi untuk anak cucu nanti. Sebelah situ pula nak buat padang mainan jadi memang ngam betullah kecuali kalau tak dijaga maka jadilah gajah putih atau projek terbengkalai nanti. Malim Nawar perlu ada pelapis, pemacu pembangunan fisikal dan mental, rohani dan jasmani. Selama ini Malim Nawar jauh tertinggal kerana budaya dan dasar tertutup yang merugikan. Malim Nawar dah kehilangan hentian stesen keretapi dimana sejak dulu lagi ada dan keretapi berselisih, nak repe ketepi pun di sini. Sekarang Kampar dan Kota Baru yang tinggal.
Malim Nawar ada Institut Galian bertaraf dunia. Lombong2, hidupan liar, unggas dan penghijrahan burung2 dari luar negeri juga. Pusat2 memancing dan menangkap ikan di lombong dan Sungai Kampar dan Sungai Kinta mengalir di kawasan ini. Malim Nawar juga ada jalan pintas ke Lumut. Tak perlu ke Batu Gajah atau Ipoh, terus dari Kuala Dipang, Malim Nawar dan Tg Tualang , Bandar Iskandar ke Lumut.
Masjid baru Malim Nawar tersergam indah tak jauh dari simpang empat MN-Kg Changkat Baru-Pekan Lama-Tg Tualang. Melalui Google Earth, Malim Nawar jelas menunjukkan kawasan bekas perlombongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan