Rabu, 11 November 2009

SMS dari Tanah Suci


Awal pagi tadi iktiar ambil ubat homopati pada Tn Hj Dr (H) Hasan Salleh di tingkat atas Komplex PKNS BBB. Penawar Hemamelis dan Arnica montana perlu diambil bagi mengurang dan menyembuh luka, pendarahan dan kesan angiogram yang baru dijalankan. Kesan2 lebam kat peha masih jelas kelihatan. Dr Hasan beritahu sekarang homopati diiktiraf dan ada kursus diploma ditawarkan di Cyberjaya dalam alternative medicine, kursus 4 tahun. Pihak Persatuan Perubatan Homeopati Malaysia merupakan wakil bagi perubatan homopati bagi kursus ini.


Hari ni ramai juga yang menghubungi. Immediate Bos, saudara Rustam Musa kawan lama masa Anderson dulu, Aj pun ada telefon bertanya khabar dan ucapan cepat sembuh. Rupanya ada yang masukan berita melalui SMSK grup. Pagi tadi pun Pah dari Kulim pun ada sms. Zam, J n publication group pun telefon melawak terkejut sebab perasan tak ada di KLCC baru2 ni. Zam berpesan jangan bergerak sangat, sebab ayah dia dulu pernah buat terasa ngilunya.


Dalam sejam tadi pula tiba2 dapat sms dari Poji sahabatku di Tanah Suci, berterimakasih atas nasihat yang banyak membantu dalam ibadah. Syukurlah Alhamdulllah dia selamat sampai dan sedang sibuk beribadat di sana. Menitis air mataku bila terkenang sahabat yang masih ingat walaupun sibuk beribadat dan berada di Tanah Suci. Sayu di hati kerana terbayangkan sewaktu di Masjidil Haram dulu. Entah bila pula dapat ke sana lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan