Selasa, 10 November 2009

Persidangan ilmu


Minggu ni ramai ilmuan, pakar2 dalam dan luar negeri berkumpul di KLCC menghadiri satu persidangan ilmu. Pembentangan oral dan poster berbagai bidang dimana penemuan2 baru juga ditonjolkan. Tadi aku menerima panggilan minta tolong menghubungi Profesorku yang bakal membuat pembentangan satu pepe mengenai perbandingan tanaman kawasan hujan dan pengairan. Walaupun aku penulis utama, Prof yang akan bentangkan kajian itu lantaran beliau adalah tetamu jemputan.



Semasa dan selepas Prof membuat pembentangan, walapun aku di BBB, dia orang di KLCC, bertalu2 sms aku terima memberitahu pepe dan projek kajianku sedang dibentangkan. Ada yang berkata sepatutnya aku yang menyampaikannya lantaran aku penulis utama. Mungkin mereka terlepas pandang, aku masih terlentang ni baru nak recover kua wad malam semalam.


Yang jelas macam yang dikatakan dalam agama, ditingkatkan taraf orang berilmu kepada satu darjat yang lebih tinggi. Aku masuk poster dan 1 pepe main author dan 1 lagi koauthor. Manusia pandang dari segi pencapaian, ilmu dan kebendaan. Jarang2 sekali manusia akan meneliti yang tak nampak, yang di dalam sanubari kan.


Ilmu milik Allah, Dia berhak beri dan berhak juga tak beri atau ambil balik pada bila2 masa yang Dia suka. Ilmu yang ada dalam bumi ini jika dibanding dengan kalam Allah, bagaikan setitis air yang menitis di hujung jari bila ,mencelup jari ke lautan maha luas. Sebab tu tak boleh kerek jika ada sikit lebih ilmu dari yang lain. Ilmu perlu dikongsi kerana ia milik Allah. Ilmu juga perlu ke arah kemanafaatan kehidupan dan alam sejagat dan bukan ke arah kemusnahan.


Ramai yang tenggelam punca dan ada yang tak segan silu menenyeh orang, maki hamun orang sesuka hati, mengambil atau menafikan hak orang samada sedar atau buat2 tak sedar. Ada juga yang oportunis, terlalu ghairah mengejar impian macam rancangan realiti yang ada pada hari ni. Ada yang tenggelam punca, kalau ikut cara betul payah dapat, lambat, maka pilih cara segera atas alasan orang lain pun buat juga. Gitulah senario semasa, masing2 tak nak buang masa mengejar impian, peduli apa pada etika, apa kata orang, janji masalah aku setel! Keghairahan sebeginilah yang payah nak dibentuk jika inginkan satu kejayaan holistik, yang syumul dan tidak melanggari norma2 kehidupan. Berupayakah mendisiplin orang jika ini jadi ukuran?


Dalam dunia tanpa sempadan dan berbagai isma yang ada, susah nak dikenalpasti mana yang betul dan salah. Macam dalam mahkamah juga yang salah tak tentu kalah, dan yang betul tak semestinya menang tapi yang pasti di akhirat nanti janji Allah tetap benar dan ungkapan ,...'sooner or later, the truth will prefails' pasti akan berlaku...maka itulah sebahagian kandungan dan maksud tersirat dalam rukun iman kan kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan