Mana2 dalam agama di dunia ni ada sembahyang, mengikut kepercayaan masing2. Dalam Islam, solat atau sembahyang satu amalan wajib harian 5 kali sehari sekurang2nya bagi lelaki dan pelepasan bagi perempuan yang datang bulan, nifas dll. Namun begitu jika dibandingkan dengan ibadat puasa sehari suntuk, masih ramai juga orang Islam yang mampu bertohor seharian tapi tak mampu nak solat 5-10 minit untuk tiap waktu solat. Kenapa ya?
Sembahyang tiang agama, kalau tak sembahyang seolah2 kita merobohkan tiang agama juga. Samada kusyuk atau tidak itu cite lain. Untuk konsisten, jadi amalan, kenalah solat awal waktu dan jangan lengah2. Anak2 pun ada yang belajar tahfiz tapi kat rumah kadang2 liat juga nak solat, mungkin juga banyak aktiviti lain yang melalaikan seperti internet, rancangan realiti, kartun, drama dll. Ada yang kata mak bapa yang tak solat jemaah, tu yang tarikan kat anak2 kureng.
Solat malam satu amalan baik untuk dapatkan 'zuuq' , perkataan yang kawanku Tuan Hj Rosaini, HA dari hospital Melintang, suka sebut2 ketika berbual2 dalam bilik di Tanah Suci 4 tahun dahulu. Hablum minallah hablum minannas. Kadang2 terjaga malam, debar2, payah nak tidor balik, mungkin Tuhan bagi ruang untuk solat malam kan. Solat malam lebih kusyuk, lebih tenteram, lebih uumph berbanding solat di siang hari yang penuh dengan haru biru dan berbagai cobaan. Solat berkait rapat dengan Allah dan makhluknya tak sama dengan apa jua hubungan sesama manusia. Nabi Mohd SAW sendiri pun terpaksa naik ke langit untuk dapatkan perintah solat ini, kena negotiate bilangan waktu dll. Solat amat mudah, manyak cenang bagi yang istiqamah tapi amat berat, amat malas bagi yang celam celum atau yang tinggal terus. Ingatlah iklan kat surau, masjid terutama di Perak...'Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan