Khamis, 12 November 2009

TGIF


Orang Putih kalu gi keje hari ni tiba2 baru terperasan ni Jumaat...uuumak tepuk dahi..TGIF TGIF..menatang apa plak tu? Rupe2nye..Thank God It's Friday....Fuyoo!!! Macam fuyoo si Mai n geng pulak nenguk menatang2 tu di atas ye. Kita pun merayakan hari Jumaat ni, penghulu segala hari, ada kutbah dan solat tengahari ganti zohor. Kalu di Masjidil Haram, ramai juga jemaah pompuan yang hadir sembahyang walaupun ustaz2 kata bagilah kelonggaran pihak lelaki untuk sembahyang yang wajib buat deme.


Bila bab Jumaat ni mistik pun ada, misalnya konon2 malam Jumaat hantu jembalang banyak merayau sana sini. Entah iya entah tidak. Deme pun sibuk juga dengan aktiviti deme kan. Tapi bab yang lagi satu, terutama yang baru kawin, sebut je malam Jumaat, sengih aje. Setahu aku, malam Jumaat wirid, tahlil, Yasin le yang lebih , tak ke gitu Yop?


Kalau di Al Kauthar ni, kutbah memang tak boring, Khatib muda2, pensyarah, ilmuan malahan wakil rakyat, ahli politik pun ada berkutbah. Tarak hal asal ada ilmu dan menepati garis panduan yang diberikan. Aku suka duk belakang sebab di dalam aircond tak kuat, aku cepat SOS nanti. Surau ni dibina hasil derma khariah tempatan, 2 kali buat launching kutipan derma yang asalnya target RM1k satu rumah. Akhirnya surau RM1 juta ni siap, van jenazah pun ada dan serba serbi selesa. Teringat masa di Kangar dulu masa sekolah duk asrama tengah bendang, berjalan lah beramai2 ke masjid Kg Behor Pulai, masjid kampong tu daif juga. Pergi berbaris cantik, balik pandai2 lah..masa tu lah nak outing, pekena rojak, pesembor dll. Kalau kat Masjid Kg Raja SP dulu, time Jumaat ni imam tua dia bawa buku besar cek atenden jemaah tempatan. Strk betul dia maklumlah nak cukupkan kuorum 40 orang. Kita orang masa tu bebudak mana masuk sempoa tu.


Tapi ada satu lawak kawan aku, yang tak aku lupa. Dia tanya boleh tak solat Jumaat di rumah, jauh tapi terdengar kutbah dari rumah? Aku kata kalu takat dengor bukan takat masjid umah kau,..nak ikut Masjid Negara pun boleh siap ada siaran langsung TV plak tu! Jumaat diwajib berjemaah, jadi kenalah pergi melainkan meleret2 tak muat ke jalan. Macam di Mekah pernah ada solat Jumaat sampai ke terowong mengadap Hotel Durrat al Quds tu..Tu berjuta jemaah musim haji yop.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan