Semasa kecik2 dulu bila sebut orang nak pergi haji, meriah kat kampong dapat makan kenduri makan sedap2. Dengar cite dia orang pergi naik kapal laut berbulan2 lamanya baru sampai dan yang paling takut dengar kalau ada meninggal dunia dalam perjalanan dikebumikan dalam laut dengan mengikat pemberat pada jenazah tersebut. Maknanya nak dapat haji tu bukan senang.
Kini zaman dah berubah, dunia dah maju. Pergi balik haji naik kapal terbang boleh minta pergi lambat balik cepat dalam sebulan je. Walaupun ada yang nak beribadat lama di Tanah Suci minta pergi cepat dan balik lambat. Lazimnya yang pergi cepat balik pun cepatlah dalam 45 hari juga. Cuti staf gomen hanya 40 hari jadi balance kena ambik cuti sendiri lah. Baru2 ni sistem pun ada sikit ubah, mungkin sebab dapat kuota tambahan, ramai yang 'oncall', dipanggil segera untuk pergi haji. Bagi yang memang dah bersedia dan rela 'oncall' tak de masalah. Tapi yang perlu beres hal anak2, cuti, gitu gini mungkin ada yang tak dapat pergi. Teringat akan kata2 ustaz Imam Shafaat Masjid Hasanah BBB yang mengajar kursus haji, katanya bila dah niat nak pergi haji jangan ubah2, yakinlah rezeki dari Allah. Bila dapat surat maknanya nama kita InsyaAllah dah ada dalam senarai tetamu Allah. Ketepikan masalah remeh temeh, kuatkan iman, tingkatkan kesabaran pergilah beribadat dengan sepenuh hati.
Pengalaman sendiri menunjukkan ianya berlaku. Mula ditawarkan pada tahun 2003 tapi akibat dari kemalangan masa kerja yang menyebabkan terpaksa bertongkat lebih 5 bulan, doktor yang memeriksa kesihatan sebelum pergi haji menasihatkan agar pospon haji tahun tu. Alasannya haji wajib sekali, mengapa tidak bagi kuat sikit kaki baru pergi. Jadi dapat buat dengan sempurna dan mengurangkan kebangkalian akan tercedera lagi. Nasihat doktor diterima seadanya. Pada tahun berikutnya ingatkan nama otomatik naik tapi tidak, bila disemak nama dah tersenarai dalam mereka2 yan dah pergi haji. Jadi pada 2005 mengikuti kursus haji sekali lagi dan beritahu LTH yang dah sedia mental dan fizikal untuk mengerjakan ibadat haji. Takdir Allah mengatasi segalanya, semasa belajar Sarjana dan berurusan dengan Fakulti Siswazah UPM 2005, terkena strok sebelah badan kiri tapi sempat masuk Hospital Putrajaya. Masa tu dah terbayangkan tak dapat lagi pergi haji. Setelah berada di hospital serta fisioterapi, pergi dapatkan juga rawatan urut strok pada Tuan Hj Mazlan, Imam Masjid Jasin (kini arwah) sebanyak 3 kali. Syukurlah dengan berkat usaha semua itu, kembali pulih walaupun tak berapa kuat. Bila dapat panggilan pergi haji terus tekad untuk pergi. Takut pula nanti di tahun2 akan datang entah apa pula dugaan, kesibukan yang akan mendatang.
Syukur alhamdulillah di Tanah Suci, semua urusan haji dapat dibuat sendiri tanpa perlu diupah. Entah macamana kekuatan diri terasa, bersemangat dan berupaya berjalan, tawaf, saei dll tanpa masalah besar. Rupanya setelah berangkat dari Kelana Jaya, ustaz Yusof, salah seorang ustaz yang mengajar aku di SMSK tahun 1974 dulu ada datang ke rumah. Dia nak bagitahu suruh pergi juga haji jangan tangguh2. Kalau jadi apa2 pun di Tanah Suci jangan risau. Memang pun dalam hati kecik masa tu dah tekad dah, tak kisahlah jadi apa pun. Malahan wasiat pun sudah ditulis sebelum berangkat ke Mekah.
Kini kengkawan sama kerja ada yang dah berada di Tanah Suci. Poji, Mazli, Maurad, En Rahim dan isteri masing2 sedang menunggu untuk wukuf di Arafah tak lama lagi. Mael pula dah jadi orang besar D Saji Mekah, satu kareer yang jauh terpelanting dari bidang R&D Patologi sawit sebelum ini. Bila ingat Maurad teringat pula eskalator Maurad yang boleh kita naik terus ke tingkat atas Masjidil Haram. Dulu bila jemaah makin sendat, terus naik ke atas bersama isteri untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Suasana lebih nyaman dan selesa dari bersolat di dataran Marwah tak jauh tandas lelaki tu.
Musim haji datang lagi. Entah tak tahulah bila pula dapat pergi lagi beribadat di Tanah Suci. Kini difahamkan kedai2 di keliling Masjidil Haram sudah dirobohkan untuk pembangunan seterusnya bagi keselesaan para jemaah. Perhimpunan berjuta umat Islam ini tersenarai dalam rekod dunia bagi perhimpunan upacara beribadat terbesar di dunia. Bayangkanlah 3 juta umat Islam akan rukuk dan sujud pada Allah SWT pada masa yang sama tanpa mengira bangsa, warna kulit, pangkat atau pun harta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan