Isnin, 9 November 2009

Suatu pengalaman baru







Seawal 9.45am aku dah redi minta hero dan anak bongsuku hantar ke hospital. Sepertimana disaran oleh pakar, aku kena admit sehari awal untuk angiogram/COROS. Walaupun dekat je 10km dari rumah, macam2 sempat difikirkan sepanjang jalan.

Pakar ada bagitahu akan risisko yang bakal dihadapi..paling takut mungkin strok semasa angio dijalankan sebab aku berisiko tinggi. Sampai je hospital terus ke tempat Emergency. Petugas suruh terus ke kaunter dalam. Awek yang bertugas ambik buku rawatan dan gerenti letter. Dia kata 'wad1 penuh, jadi encik kenalah masuk wad2..boleh?' Ah tentulah boleh, datang nak rawatan bukan nak cek in hotel! Setelah diberi gelang pesakit, buku rawatan dan slip, ajak anak2 makan minum dulu, bagi dia orang hepi dan power sikit. Sempat juga aku pekena tetarik tapi manisnya...


Masa nak masuk bangunan, Jaga dah tahan, pesakit boleh masuk tapi 2 lagi kena ambik pas. Oh ya, belum waktu melawat.Ahad antara 1230pm hingga 730pm boleh melawat. Lepas tinggalkan IC, hero dan anak bongsu tolong bawa beg dan barang ke Wad 6E katil 2, sijantung hati. Masa jumpa nes bertugas, fail dll dah redi, terus bagi kad dia key in dalam komputer dan siap. 'Sila encik pergi katil 2, terus salin pakaian!'.


Selesai salin dan relax, datang 2 nes nak ambil bacaan tekanan darah,ecg, ambil darah dan pasang drip. 2 kali cuba tak dapat, urat halus, pedihnya Allah yang tahu. Kalu tepat masuk urat tak sakit, jadi nes ambil darah saja, petang2 orang lain akan cuba buat tempat drip. Hari ni ramai nes2 pelatih dari syarikat swasta di Seri Kembangan berbaju merah pink. Mereka pantas membuat kerja menyalin cadar, bertanyai i2 ini dll. Bakal Dr pun ada yang datang mengintebiu. Salah seorangnya anak seorang Prof dari Sg Merab yang nama pun macam jenama syampu, Safi. Dia memang bijak dan peramah orangnya. Merata badan di checknya, bila tanya serba serbi boleh jawab mekanismanya dan sebab musababnya. Dia pun pandai melawak juga, 'Pakcik kan paham, pakcik kan ke saintis, hehe'..setiap kali dia terangkan sesuatu.


Masa makan, diet memang khas la yang tawar2, ikan, ayam tak bergoreng. Makan sikit sebab mem nak datang bawa masakan dia nanti. Lewat petang anak isteri, adik dan ipar datang ziarah. Budak2 tak dapat naik wad' tak boleh. Banyak sms diterima dari bos, sedaramara dan kengkawan rapat. Bos berpesan agar cepat sembuh. Adik pula kata, 'take care', staf pesan 'didoakan agar selamat dan cepat sembuh', En Rahim yang nak pergi haji pun sempat sms, berterimakasih sebab concern dia nak berangkat dan mendoakan aku juga selamat. Sms paling bermakna nampaknya datang dari teman rapat, mesej yang jelas dan tepat: '..Kena lupa pasal keja yop, lntkla,sekali2 kena jaga bdn sendiri yob, jgn jaga b__ je, depa bukn ingt kita pun, sume tu selfish je...'


Malam tu aku tidor jaga tidor jaga, sbelum tu dapat berkenalan satu keluarga yang menziarah ahli keluarga seorang perempuan 43 tahun bakal operet jantung. Dalam bilik aku ada seorang Melayu 30an, seorang Cina dan Wak Rakiman dari Banting. Kelakar orangnya Wak ni, kata dia macamana dia tak merokok, keje kebun macam2, makan tak masin pun kena darah tinggi sumbat 3 tempat kat jantung! Wak ni tunggu turn nak operet. Anak2 buat macam kawan je, rakan sekampung dari tempat Misbun pun ramai ziarah.


Pukul 330am Isnin 8Nov terjaga nes ambik bacaan tekanan darah, buat drip, pedih sebab urat kecik. Air garam dimasukan tapi slow tersumbat sebab ada darah, kejab ok kejab tak ok. Nes pesan 6am mandi dan pakai baju nak masuk bilik operet. Pada papan notis namaku dah tercatat COROS. Semalam nes datang bagi pisau cukur minta clear hutan yang ada hehe.Naik berdarah jadinya sebab guna pencukur pisau single. Malam tu datang lagi HA cukur bagi touch up. Dan awal pagi Isnin ada lagi seorang Mamat round wad tanya tiap katil yang nak buat angio dah 'bersih' belum hutan lalang le tu.

Berpuasa dari tengah malam tapi sebenarnya 10pm dah nak tidor. Subuh dapat kat surau hospital lalu pintu khas. Mandi tadi awal sebelum 4am tak boleh tidor dah, ada air panas jadi no problem. Penantian satu siksa, lapor lak tu, ark ark bunyi sedawa angin gasrik, ingatkan pagi tapi hampir 130pm baru aku dijemput 3 nes naik katil khas disorong ke OT tingkat 4. Ingatanku pada pesanan isteri dan ustaz Imam Shafaat, bacalah
'Lahaulawakuwatailabillahialiulazim"...berkali2 agar diberi kekuatan dan laluan yang mudah dalam urusan ini. Rupanya hari ni ramai patient, 17 orang, doktor 2 saja. Petugas ramai pompuan, bila bertanya pada staf nes katanya,'Kalu nak cari pompuan pegi universiti, nak cari lelaki carilah kat Serenti, hehe". Sebelum bahagian anu dibersihkan, staf nes ada kabor 'En saya akan buka dan cuci dengan ubat kuning ni, agak sejuk, pastu saya tutup balik.' Jadi istilah kemaluan dah jadi kemalu2an lah hari ni. Nes tadi siap2kan semua keperluan sebelum Dr Zamri menjalankan tugas.


Setelah baring atas pangkin OT, Dr terangkan benda nak dibuat. Dicari2nya urat peha...aah dah dapat, diberi bius sikit dan cucuk..oomak pedih jugak..kat skrin dah nampak nama aku dan macam jarum bengkuk berjalan laju dalam urat darah ke arah jantung. Disebakan ada alat2 yang menghalang penglihatan aku, kadang2 nampak kadang2 tak nampak skrin. Dr kata kalu tak de masalah 10 minit je, macam2 position jantung nampak, nampak pewarna dye dan burst, cuma terdengar Dr Zamri bertanya pada rakannya, "Yang ni kenapa ya, lain rupanya...', makin risau aku terasa, mula tadi 140pm, bila habih dalam 200pm. Terasa pedih dan panas kat kat lubang yang ditebuk di peha, akhirnya Dr bagitu 'En tak ada sumbat atau masalah besar tapi risiko tinggi!'



Terasa basah mungkin darah keluar lagi. Jarum yang terpasang dikeluarkan oleh nes muda di luar. Kena hati2 malu kat nes sebabhanya pakai baju operation yang terbalik tanpa seluar.'Lepas ni encik boleh balik wad dan makan'. Aku disalin ke katil lain yang mana nes dari wad datang ambil. 'Encik tak boleh bergerak 6jam, hingga 830pm kalu nak kencing apa ke sume atas katil'..ooolamak! Perjalanan balik dengan katil macam naik feri saling berselisih dengan katil lain dan masa menunggu tadi macam feri2 kat Bagan duk parking baik punya.



Sampai ke wad, nasi tengahari dah takde dah diambil balik kut..oolamak lapornya. Terpaksalah makan kudap2 yang ada hingga mem datang. Petang mem datang bawa nasi dan lauk. Kasih pada suami misali, disuapnya dia, dilapnya muka dan tadah kencing hampir penuh botol atas katil. SMS kawan yang hantar sms tadi, dia jawab, 'Jangan ingat bini masa sakit je yop, dah sembuh pun..hehe!'. Teringat lawak kawan masa di Kanada dulu, bila tenguk anak orang, teringat anak sendiri...bila tenguk anak dara orang, lupa lak bini..hehe!



Petang doktor pakar melawat bagitahu boleh balik dan follow up kat Putrajaya semula. Dia kata tak de sumbat yang bahaya tapi high risk! 830pm mem pergi bayar rm6 untuk wad dan yang lain ditanggung jabatan/gomen. Murah giler, rokok pun tak dapat sekotak dengan harga tu. Aku agak goyang dan pedih jadi kena naik kerusi roda. Hero bawa kete. Sempat ada awek sms soh kem salam kat hero! Dapat sms kawan beritahu Prof Badri bekas pengarah C&T masuk ICU situ kerana kanser. Prof Badri pernah jadi pengerusi Taska yang aku masa tu jadi AJK Pembangunan. Isterinya orang Kanada.



Malam tu aku tidor di bawah tak larat naik tangga rumah. Mem jadi staf nes. Kesian dia sebab lani dia pun tak sihat juga. Wani tolong urut2 terutama 3am sakit terasa.Kaklong tak balik, dia nak gi JB ada program UiTM. Ni pagi Selasa, aku dah boleh kembali jadi blogger. Inilah cara aku release tensen dan mengasah bakat menulis. Tak tau lah mampukah aku terus menulis hingga akhir kalam? Tuhan jua yang Maha Mengetahui. Ipar ada sms beritahu 'amalan kita amat sikit sekali untuk meningkatkan takwa kita, sebab itu kita diberi sakit macam2, menunjukkan Tuhan sayang!' Allahualam...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan