Ahad, 27 September 2009
Metamorfosis
Sabtu, 26 September 2009
Kawan dan musuh
Mungkinkah benar?
Kunjungan raya
Jumaat, 25 September 2009
Beraya sama kawan2 Wani
Baru sekejab tadi Wani menerima kunjungan member2 lama SMKJ4 BBB. Semua dah besor2 dah..ada yang dah macam cikgu, pegawai bank, ustazah dll. SMKJ4 BBB terkenal dengan result terbaik bagi PMR SPM. Pencapaian sekolah itu setaraf sekolah berasrama penuh. Wani menjamu mereka nasi ayam home made resipi AyamNor Bt pekan.
Lagu adik
Kunjung mengunjung hari raya
Anggota baru baby Lydia Nache
Khamis, 24 September 2009
Bila terlalu control makan...
Rabu, 23 September 2009
Balik dari kampong
Kui Badak Berendam Lela Zah
- Kui ini mungkin dibagi nama sebab gemuk macam badak dan terendam dalam santan nyor bagaikan ayo kolam/tasik la kut. Tenguk Lela Zah membuatnya macam senang aje:
- Mula uli tepung pulut, sebesar ibu jari. Penyekkan dan lengkungkan atas tapak tangan kiri dan isi gula merah di tengah2nya dan tutup, uli bulat semula. susun 7 biji jarak2 dalam pinggan, ambik pisau lorek2 sikit bagi ada corak 4 garis atau apa aje corak nak buat. Tabur sikit gula dan tuang santan agak2 badak tu terendam tapi bukan tenggelam. Semua tu tadi dalam pinggan yang dilapik si Lela dengan daun pisang yang dah dilayor. Dah tu masuk dalam kukus dan panaskan secukup rasa.Boleh test masak tidak dengan cucuk2 dengan lidi atau soh Yop rasa! Tapi jangan la badak tu terendam dalam ayor laut la..maknanya jangan masin...man man jadi la....
Selamat mencuba! Dengor cite ni busines Si Lela lepas pencen ni. Bolehla ode raya haji nanti ye.
Bukan cengkadak sebarang cengkadak
Cengkadak mengarut lepas ramadhan
Bukan badak sebarang badak
Badak terendam ayor santan
Tuition raya
Mak sedara yang ada lagi
Program Hari Raya Aidil Fitri 2009
Selesai solat Raya Puasa di Masjid baru Malim Nawar, kami terus ke kubur arwah mak apak. Ramai anak beradik sanak saudara turut serta dalam majlis tahlil dan doa di adakan berhampiran kubur arwah mak. Kami terus ke rumah Yang Pa untuk menjamu selera kuih raya dan nasi lemak yang dibawa dari Kg Gajah. Memang handal Ti dan Hadi macam tau2 kita orang nak makan nasi lemak pagi tu. Habis tu kami bergerak rumah makcik di Kg Jelutong Baru. Juga buat majlis tahlil untuk arwah pakcik Daud dan sedara mara yang telah tiada. Jamuan makan tengahari dengan menu kampong sedap sekali. Sebab tadi dah makan, jadi slow sikitlah kali ni. Lombong depan rumahnya banyak ikan lampam.
Habis tu pergi beraya rumah Pizah dan Harun. Rumah Pizah ada laksa dan kuih raya, dan rumah Harun pula rambutan gula batu dan kuih lemang. Jadi gitulah disamping beraya, menjamu selera berjumpa sanak sedara yang masih hidup, berhimpun saja anak cucu kami bertahlil dan berdoa untuk yang dah tiada.
Raya kali ni, Yop Tan dan Wazir yang tak dapat balik kampong. Wazir baru opret kaki dan masih belum pulih sepenuhnya.
Ahad, 20 September 2009
Jumaat, 18 September 2009
Like father like son
Ramadhan datang dan pergi
Commercial break
Dalam hidup kalu serius sangat jadi boring
Dalam istilah dikategori Mamat 'no sense of humour'
Ini juga satu nikmat dari Tuhan
Katun menguji kecergasan minda
Untuk switch yang tua jadi muda
Yang muda lagi junior
Barulah kita menjiwai citarasa anak2 kecil kita
Denggi masih ada???
Bila H1N1 menyerang akibat dari babi yang bersin merata2, ramai yang terlepas pandang pada ancaman2 lain terutama yang dibawa oleh nyamuk. Maka baru2 ini ada anak muda yang meninggal akibat dari denggi berdarah. Rupanya masalah ini masih ada lagi. Bila musim hujan, tak ketara nyamuk ni sebab hujan flush semua longkang dn bekas2 nyamuk bersarang. Yang jadi masalah hujan sikit dan banyak tempat bertakung. Bila ada kes,adalah semboran.Tapi awas, ada kalanya nyamuk tak de apa2, manusia pula yang jadi tak tentu hala...
Pra Raya Puasa 2009
Khamis, 17 September 2009
Yang gagah tak tentu kuat, yang kecik blum tentu lemah
Kasih sayang tiada batasannya
Ada kala nilai kasih sayang tak dapat dilihat pada sesama manusia
Lantaran berlumba mengejar nikmat dunia
Tapi akhir kalam yang dicapai tak tara mana
Bagai mengejar bayang diri sendiri di kala berjalan malam di tepi jalan tiang berlampu
Tapi ditunjuk Tuhan nilai kasih sayang
Binatang buas pun tau nikmat ini
Seolah2 tau rasa rindu pada tuannya yang telah membesarkan dia dulu
Bagai kata arwah Sudirman..."Baru kini ku tau nilai cintamu..."
Hepi Bezday 2u my doter
Hepi bezday 2u
Semoga kejayaan demi kejayaan bakal kau tempuhi
Tapi jangan pula kau alpa
Bekalan di hari kemudian nanti
Kerana hidup bagai mimpi
Yang kekal di alam abadi
Rabu, 16 September 2009
Apa nak jadi?
Apa nak jadi
Dunia hari ni
Kelam kabut sana sini
Tak henti2
Apa nak jadi
Yang pompuan nak jadi lelaki
Yang suami nak jadi isteri
Awat jadi lagu ni?
Apa nak jadi
Yang kecik bertudung Ariani
Yang tua buat deq tak peduli
Sampai bila lagu ni?
Apa nak jadi
Puasa nak hujung raya nak mai ni
Maaf dak lagi
Buat salah tiap hari
Apa nak jadi
Malam siang juga tengahari
Duk mamai merepek ni
Hepi gaji cepat no bulan ni!!!
Apa nak jadi???
BBB170909
Tips Untuk Pelatih Latihan Praktikal (samb.)
- Tajuk projek-tepat dengan keseluruhan projek dijalankan
- Hipotesis - apa yang nak dibuktikan
- Objektif kajian - untuk apa kajian dibuat
- Kaedah - Di mana buat kajian, berapa pokok/umur/kepadatan tanaman, design ujikaji, replikat berapa, parameter2 diambil, kekerapan/ulangan pengambilan data, alat2 yang digunakan
- Pemerhatian/Keputusan- apa yang diperolehi, dijadikan graf/carta/analisa secara statistik, perbezaan bererti/tak?aras p<0.05?
- Perbincangan- kaitkan keputusan dengan teori dan kajian terdahulu. Ada tren/x?Apa yang menarik?Kalu gagal apa sebabnya
- Rumusan-dapatkan poin2 utama yang dapat dibuktikan pada hipotesis di atas
- Penghargaan - catat orang2/mereka2 yang wajar dimasukan dalam penghargaan yang telah membantu secara langsung/tak langsung
- Rujukan - senaraikan ikut jujukan aphabet dan tahun penerbitan
Perlu selalu berbincang dengan penyelia dan rakan setugas. Cuba buat dulu dan tunjuk penyelia semasa perbincangan.Kalau tak setuju, kemukakan hujah2 secara ilmiah dan amalan praktikal yang difikirkan logik.Contoh dalam gambar di atas adad 2 pokok yang berbeza pada bentuk kanopinya. Perhatikan dan fikirkan apakah sebab2nya. Pemikiran kritis mengasah minda anda. Elakkan dari budaya 'spoon fed'.
Selasa, 15 September 2009
Kenangan bersama Saudara Chuari Selamat
1979/80 Aku mengirim 2 kisah kenangan pada Saudara Chuari Selamat RTM, dan dibacakan dengan penuh perasaan oleh beliau dalam ruangan "Kenangan" yang disiarkan waktu malam. Dua tajuk yang aku ingat adalah 'Arwah Hamid dalam kenangan, iaitu sahabatku semasa matrik Sekolah Alam Shah yang meninggal akibat ketumbuhan dalam otak dan OPKIM Orang Asli Kg Gepai, Bidor, Perak. Disebabkan nama dan alamat penuh aku dibacakan, tak lama selepas itu aku menerima banyak pen pal dari seluruh tanah air. Rata2 yang menghantar mempunyai hobi yang sama iaitu menulis. Walaupun aku aliran sains tapi corak penulisan ku bercampur, sedikit sastera, sains, pengajaran agama dan luahan rasa dari pengalaman sendiri.
Aku bersyukur amat sangat setelah mendengar dari corong radio, lebih 20 tahun selepas itu aku dapat berjumpa berdepan dengan Tuan Haji Chuari Selamat yang kini salah seorang bos RTM dalam acara berbalas pantun dan bergambar dengannya. Walaupun raut wajah telah nampak akan kematangannya setelah sekian lama dalam bidang ini. beliau masih berinteraksi seperti dulu. Pada majis yang sama aku dapat bertemu saudara Jefri Din, penyanyi pop yeh yeh dulu, Jaafar Onn, Salwa Abdul Rahman, Uji Rasyid, Ciko dan saudara Ahmad Fauzi.
Kawan baik aku menjemput aku ke situ, ingatkan kat konti saja rupanya atas pentas dalam dewan. Dulu pun masa jadi wakil pihak perempuan anak jiran bertunang dengan orang Melaka ada juga berbalas pantun, gabra juga bila nak buat secara impromtu ni tapi dah diberi semangat oleh jiran2 dan kawan2 .."jawab yop jawab", maka aku pun jawab ringkas aje 4 kerat:
Naik feri laju-laju
Hendak pergi ke Pulau Pinang
Sudah sepakat semua pun setuju
Jadi sahlah sudah majlis bertunang.