1966 merupakan tahun yang mencabar bagi aku.Maklumlah bermulanya alam tadika BI di Methodist Primary School, Malim Nawar,Perak. Masa itu bukan macam sekarang, budak2 4,5 tahun dah beriya2 nak ke sekolah mengikut abang kakak mereka. Abang sulong aku yang beriya2 sangat memasukkan aku ke tadika BI itu. Tapi ada kejadian yang dia tak akan lupakan dimana selepas dia menghantar aku ke tadika, aku balik ikut jalan pintas. Jadi aku sampai dulu dari dia balik ke rumah. Masa itu kat kampong masih ceria lagi, kanak2 dan remaja masih main macam2, guli, galah panjang, gasing, gambar, terup,police n thief, congkak,layang2 dll. Kat tadika pun masa tu mana ada kawan lagi.Tapi sebenarnya lama2 seronok gi tadika.Belajar kejab main je lebih.Minuman bekalan dibawa.Biskut free pun dapat.Cikgu plak lawa.Antara kawan2 yang aku ingat adalah Mohan Baskaran, Yang Amri, Rosli, Azhar (Arwah), Azizah, Hafizah, Pritam Singh, Dalip Singh, Dilip Singh, Chee Mng,Kong Suet Mei dll. Bertahun2 berlalu tapi masih ramai yang MIA (missing in action, tak dapat dikesan).
Hampir 26 taun selepas itu, entah macamana semasa aku menghadiri satu majlis gathering students Malaysia dan famili TDC Vancouver di sempadan Washington State, aku terserempak ex classmate tadika aku. Mula2 terpandang macam cam.Nak tegur takut silap orang.Tiba2 saja wanita berbaju merah bintik putih berseluar jeans menegur aku..."Ni anak cikgu...Malim Nawar ya?"...terkejut aku, rupanya tula dia Hafizah anak Pak Abu rumah depan masjid dekat pekan Malim Nawar tu. Dia rupanya isteri pengarah TDC tu. Pada hari raya haji pula, suami dia En Idrus menghantar driver Mat Saleh dia datang mengambil aku di Vancouver General Hospital Residence untuk makan2 di rumahnya. Agak janggal bagi aku, sebab di kampong dulu selalu tengukPak Dolah bawa Tuan Mat Saleh ke sana ke mari...tapi di sini, supirnya pulak John dan yang duduk belakang orang malim Nawar! Hilang gak rindu berjauhan dengan famili di hari raya itu. Di rumahnya banyak koleksi filem2 P Ramlee..jadi taklah terasa sangat duk di Kanada.
Semasa adik bongsu aku masuk tadika di tempat yang sama, aku yang hantar pagi, tenguk waktu rehat dan ambik dia bila dah keluar. Dia tak macam aku dulu.Memang dia suka pergi tadika.Jenuh gak lutut aku mengayuh basikal 3 kali ulangalik sehari.Memandangkan masa tu au menganggur, adalah gak aktiviti yang dapat aku buat.
Kini adik bongsu aku dah bukan hanya dewasa tapi dah ada 7 anak berderet aje. Kalau dia masih ingat tentu dia akan ketawa sakan mengimbau kembali kenangan lama.Dengar khabar anak2 dia tu kepala boleh pakai kata orang Cina.Pereksa skor aje.Ate mana turunnya kepandaian Pak Sedara kalu tak ke anak sedara kan...kan?Budak2 sekarang cara belajar dan diajar pun lain.Ada bab yang tak payah kita ajar depa lagi pandai...macam sms, game, astro dan duit.Ni raya tak lama lagi, tentu ramai yang nak bersalam. Aku pun nak bersalam juga, maklumlah aku pun anak yatim piatu. Harap2 panjang umur dapat jumpa sedara mara rakan2 semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan