1973 Aku melangkah masuk sekolah asrama, ke Tingkatan 1. Masa itu dinamakan Projek Khas Sek Men Sains Perak, ada 2 kelas 1E6 dan 1E7, sebab sekolahnya belum ujud lagi.Kami menumpang di Sekolah Anderson Ipoh dan duduk di asrama Sek Men Teknik, Brash Drive, Ipoh. Aku masa tu terkecik tercomel agaknya dalam kelas.Bermacam ragam budak2 duk asrama ini...ada rajin,ada pemalas,ada simbiotik tak kurang parasitik. Ada gak gaya anak orang berada dan ada stedi gaya kampong.
Duduk di asrama banyak dikawal waktu.Time tidor,jaga,makan,minum,outing gitu gini.Sekolah Teknik tak jauh padang polo dan kubur Cina di belakangnya. Walaupun kami naik 2 bas antik ulangalik dari Teknik ke Anderson lalu kem askar, Greentown dan hospital Ipoh, kadang2 time balik bas datang 1 saja.Jadi dari berhimpit2 macam sardin cap ayam baiklah beramai2 berjalan kaki balik.Jauh gak tu..tak caya cuba try...lalu sekolah Catur avenue (sekolah bekas HOU aku, Dr Norman bersekolah..aku Tingkatan 1 dia baru Darjah 4 masa tu), lalu kem askar sebelah kiri atas bukit ada kuil Sikh bentuk macam masjid. Yang trill masa lalu padang polo, ada kengkawan yang daring sikit lalu kubur Cina dan kutip buah2 sembahyang tu.Bila tanya tak takut ke hantu Cina? Taklah...hantu Cina tak power...kalu kubur Melayu ke Hindu haa tu power! (yeke???).
Semasa duk asrama Teknik, bekas MB Perak yang diambilalih itu belajar di situ jugak.Apa yang seronok adalah nenguk budak2 Sabah yang 'kaya' dengan biasiswa Yayasan Sabah..sampai gunting ambut,colgate berus pun boleh claim.Parisa Iwat kawan sebilik dengan aku orang Kg Tambalugoh, Tuaran Sabah.Dia baik sekali dan rapat dengan pegawai biasiswa kami, En Kushairi. Mula2 dulu ada gak budak nakal yang cuba ragging aku, dilondehnya seluar aku..aku ludah semua dan terus cabut lari. Teringat seorang Mamat tu ble kita orang cuti duk termenung2, datang India jual aiskrim tepi padang mengadap padang polo.Kami beli la tapi yang murah.Mamat tadi dia tak berduit, dia collect 5sen sana sini, las2 dia beli drumstik cornetto...peh...yg memberi 5sen 10sen kat dia makan aiskrim 10,20sen dia plak makan yg klasss punya..aduhhh!Mengeleng teman2...orang selupa ini pun ada dalam dunia woiii!
Aku teringat kawan2 yang ramai sehingga kini tak dapat jumpa. Kok Kee, badan gemok,kelakar dan selau kena usik.Ng Hon Soon budak Sungkai berspek bingkai kotak tebal entah kt mane dah. Alias Zamri kadang2 ada sms,ipar dia kawan adik gua.Azman Shahidin yang dulu cucu manja toknya las jumpa kat Sek Alam Shah masa ia kursus nak gi oversea 1980 lalu. Ashaari, Saiful Yazan, Aziz Lope, Mustapa Kamal, Ali Husin, Anuar Baharudin (KLCC),Hanizan (UUM),Zuzuli (arwah),Ainudin (Prof Madya UPM), Kamil Ibrahim dah lama tak jumpa. Teringat Razi budak Kg Serdang, Sitiawan pandai meniup seruling bamboo, mendayu2 je macam P Ramlee punya muzik latar. Ansor (las jumpa kt Jalan Ipoh, KL 1984 sama awek nama dia dah tukar jadi Mansor) juga pandai tiup seruling tapi memanjang criiit cluuusss criit cluusss je bunyinye haha. Yang paling rajin baca buku, budak kelahiran Kelantan yang duk kat Taiping. Sampai tertidor2 pun buku ada pada muka atau tangan.Bapak dia orang R&D getah. Dia baik dan innocent orangnya. Dengor kabor kawin orang Batu Pahat. Arjunaidi baik orangnya jugak berkerinting.Pernah gi makan tengahari di rumahnya.Masa tu ayah dia DO, famili dia friendly and sporting.
Semasa di Anderson, masa rehat ada bagi biskut free.Tapi bila ada cikgu India berbadan besor tu dia memang tak bagi budak projek khas ambik..agaknya mungkin budak2 tu termasuk aku ada biasiswa.Masa tu kelas memang dalam Bi. Aku ambik Sains Pertanian.Cikgu Ho mengajar pertanian dan Harbant Singh BI. Tak habih2 dengan first day cover dia dan cerita2 nostalgia yang mencuit hati kita orang. Gurubesar Cina pulak sebelum cuti bagi nasihat macam2...paling aku tak boleh lupa dia nasihat..."...murid2..cuti nanti jangan main lombong...." la macam dia tau plak rumah aku dekat lombong la. Bila tenguk kartun Lat, semua yang ada cerita kt Anderson masih ujud lagi.
Semasa di Anderson, masa rehat ada bagi biskut free.Tapi bila ada cikgu India berbadan besor tu dia memang tak bagi budak projek khas ambik..agaknya mungkin budak2 tu termasuk aku ada biasiswa.Masa tu kelas memang dalam Bi. Aku ambik Sains Pertanian.Cikgu Ho mengajar pertanian dan Harbant Singh BI. Tak habih2 dengan first day cover dia dan cerita2 nostalgia yang mencuit hati kita orang. Gurubesar Cina pulak sebelum cuti bagi nasihat macam2...paling aku tak boleh lupa dia nasihat..."...murid2..cuti nanti jangan main lombong...." la macam dia tau plak rumah aku dekat lombong la. Bila tenguk kartun Lat, semua yang ada cerita kt Anderson masih ujud lagi.
Aku tak lupa pengalaman cross country hampir pengsan .Kami pulak kena lalu Sg Kinta juga tapi ada direntang tali untuk keselamatan. Pada tahun tu juga ada kes gunung runtuh tak jauh dari sekolah dimana ramai penduduk India terbunuh.
Walau pun Ipoh dengan Malim Nawar dekat saja tapi kerinduan pada rumah, mak ,apak dan adikberadik begitu terasa. Teringat arwah ayahcik aku, lepas dia hantar balik asrama sebab tumpang dia sebelum balik dia bagi RM10. Tak taulah betapa gembiranya aku masa tu.Maklumlah jarang2 pegang duit dan orang bagi.Arwah mak ada buat sagun, aku jual di asrama.Cepat je habih..almaklumlah yg duk kat asrama kita orang kadang2 macam ikan tilapia tasik Taman Dr Seeenivasagam tak jauh dari Anderson, campak apa aje berebut makan..hehe!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan