Ahad, 27 September 2009

Metamorfosis

Kalau ular nak membesar, perlu salin kulit dari masa ke semasa. Begitu juga bagi yang mempunyai cengkerang. Tapi dalam manusia tak la macam tu walaupun ada juga masa kecik hitam tapi dah dewasa putih melepak. Sape tu ye??? Dalam proses kehidupan ada yang dari kurus jadi gemuk, dan ada juga disebaliknya. Tapi yang maintain sama aje tu kira terer tu. Lumrah alam, sihat jadi sakit, sakit jadi sihat dari masa ke semasa. Semua itu mengajar kita jadi lebih sabar walaupun ada kalanya memang susah nak bersabar kan. Paling tidak bila sakit, kita tau la azabnya.Tau sape kawan sejati, sape sedara mara yang prihatin dan sejauh mane nilai kita ni pada masyarakat umumnya. Bagi yang belum diuji Tuhan macam tu, masanya akan sampai dan tiap orang akan mendapat habuannya. Mungkin tak sama, tak serupa tapi ianya amat bermakna. Tiada bumi tak ditimpa hujan. Begitu juga kita manusia, sana sini ada buat salah, terguris tersinggung di sana sini. Raya masih ada dan minta maaf aje la ye...














































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan