Rabu, 16 September 2009

Tips Untuk Pelatih Latihan Praktikal (samb.)




Bagi pelajar yang mengikuti program sains termasuk pertanian, asas tani, pengurusan ladang dll boleh rujuk kepada format penulisan artikel sains dalam praktikal mereka. Ini membolehkan mereka faham dan tahu setiap langkah2 yang perlu diambil tanpa ada perkara penting yang tertinggal nanti. Selalu terjadi apabila sampai masanya didapati ada input penting yang tidak diambil atau tidak dirancang berapa kali ambil dan kekerapan/ulangan yang perlu dibuat. Apabila ada ceklis yang terperinci, maka kerja lebih mudah, lancar dan dapat dirancang dengan baik selari dengan matlamat di akhir program latihan.
Disenaraikan subtajuk berkenaan:
  • Tajuk projek-tepat dengan keseluruhan projek dijalankan
  • Hipotesis - apa yang nak dibuktikan
  • Objektif kajian - untuk apa kajian dibuat
  • Kaedah - Di mana buat kajian, berapa pokok/umur/kepadatan tanaman, design ujikaji, replikat berapa, parameter2 diambil, kekerapan/ulangan pengambilan data, alat2 yang digunakan
  • Pemerhatian/Keputusan- apa yang diperolehi, dijadikan graf/carta/analisa secara statistik, perbezaan bererti/tak?aras p<0.05?
  • Perbincangan- kaitkan keputusan dengan teori dan kajian terdahulu. Ada tren/x?Apa yang menarik?Kalu gagal apa sebabnya
  • Rumusan-dapatkan poin2 utama yang dapat dibuktikan pada hipotesis di atas
  • Penghargaan - catat orang2/mereka2 yang wajar dimasukan dalam penghargaan yang telah membantu secara langsung/tak langsung
  • Rujukan - senaraikan ikut jujukan aphabet dan tahun penerbitan

Perlu selalu berbincang dengan penyelia dan rakan setugas. Cuba buat dulu dan tunjuk penyelia semasa perbincangan.Kalau tak setuju, kemukakan hujah2 secara ilmiah dan amalan praktikal yang difikirkan logik.Contoh dalam gambar di atas adad 2 pokok yang berbeza pada bentuk kanopinya. Perhatikan dan fikirkan apakah sebab2nya. Pemikiran kritis mengasah minda anda. Elakkan dari budaya 'spoon fed'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan