Berita tadi tentang korban gempa bumi di Pulau Jawa dah 44 orang. Tatkala umat Islam berpuasa ujian Allah turun juga.Kita patut bersyukur tidak diuji sedemikian rupa.Dalam menghadapi berbagai cabaran, untuk mendapat hidayah pun cara2nya berbeza. Ada yang begitu mudah dapat dari masa ke semasa.Ada yang perlu sakit,kesempitan wang, kemalangan, kehilangan harta dan anak, suami dan isteri dan ada juga tak diberi hidayah walaupun sampai mati.
Hidup mati, jodoh, rezeki semuanya di tangan Allah.Tidak berubah takdir melainkan dengan doa dengan izinNya.Di mana2 saja sekarang ramai yang memakai topeng, baik di pasar ramadhan, pejabat mahupun di bank2.Semuanya berhati2 agar tidak dihinggapi H1N1 selsema babi...bak kata orang Peghak...babi bersin punya hal kelamkabut satu dunia.Entah apa pula ujian dan dugaan Allah di masa2 akan datang.Meskipun apa yang berlaku, kita berdoa agar sentiasa kita semuanya dilindungi Allah, dirahmatiNya selari dengan doa semasa nak makan di dewan makan zaman duduk asrama dulu iaitu..."Ya Allah Ya Tuhan kami.Berikanlah kami rezeki yang halal, ilmu yang berguna.Jauhilah kami dari segala yang haram dengan RahmatMu dengan penuh kasih sayang...Amin!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan