Masa berlalu terlalu pantas rasanya. Baru tadi aku terima ulasan blog, bapak mamat tu nasihatkan dia agar siap sedia untuk kehidupan di akhirat. Kat dunia kita beriya2 tapi untuk akhirat kita cincai2. Sama macam arwah Hj Hashim, Kg Changkat Baru, Malim Nawar yang pernah beritau aku..kat sini panas terik dapat jugak cari pokok boleh berteduh..kt sana lagi nak teduh kat mane?
Begitu juga dengan kehidupan kita, dari bujang jadi berkahwin dapat anak. Anak2 begitu rapat sekali dan patuh pada arahan. Tak ikut,... kenalah nanti. Susah payah ketika itu digagahi juga untuk memenuhi kehendak anak2. Kalu dulu mak bapa kita macam tu, sampai masa kita pula diuji Tuhan benda yang sama. Tetapi zaman dah berubah, masa kita didik anak2 itu zaman kita. Kini zaman depa meningkat remaja dan pelan dewasa, citarasa mereka tak macam kita dulu2. Cara berpakaian, makan, pergaulan, perhubungan, teknologi, cara bersaudara dan tingkah laku. Ramai juga yang dipandang secara kasar famili 'beragama' tapi dalam ramai anak2nya ada jugak yang lain sikit..misalnya 4 bertudung, ada seorang tak...ada juga anak bertudung maknya pula tidak. Rata2 anak2 kecil rapat samada mak atau bapa mereka masa kecil lagi..ke mana pergi nak saja ikut.Pantang bapa pakai baju lain tukar seluar dah gelisah nak ikut. Teringat anak sulung ku yang cakap 'telo' tapi cukup suke cinggum atau chewing gum...nanti rasa aje dia tertelan. Siap pesan dah habih manis buang jangan telan!
Bila pelan remaja, mula renggang dan mereka lebih rapat dengan kawan2 terutama yang dah mula duduk asrama. Bagi yang masuk kolej/U, cara pun mula berubah. Mungkin juga adakalanya bukan depa ikut cakap mak bapa tapi mak bapa kena ikut cakap depa. Ada yang beralasan tren sekarang berpakaian macam tu, orang sekarang suka makanan segera..piza..ayam goreng..bege, spageti. lasagna dll. Mak bapa masih ditahap nasi nasi dan nasi saja.
Sebenarnya di zaman ini, nak mengaji nak belajar bab ugama pun kat internet pun senang dapat cuma bezanya elokla berguru. Dikuatiri tersesat tersalah tafsir dll. Tenguk orang yang anak berbelas2 boleh tersenyum lagi mengurus anak2...dipandang pula orang yang anak satu dua orang, mengeluh panjang aje...yuran itu ini, tuition mahal, peralatan sekolah, koko dll. Pernah aku bertanya pada arwah bapak aku, pasal apa ya..? Dia kata, "Kamu keje tak cukup, sebab tu duit kamu selalu tak cukup!" Maknanya berkat duit kerja sepenuhnya lain dari dapat gaji tapi keje macam tak cukup..Oh gitu.
Aku teringat kawan lama di Malim Nawar yang bekerja Majlis Tempatan. Dulu dia ikut lori angkut sampah tiap hari, tapi aku tenguk dia hepi je. Beriya benar dia nak belanja aku makan satu pagi tu dekat gerai berhampiran pasar Malim Nawar, 'Takpe takpe aku bayor". Dia bayar semua satu meja tu. Selang berapa tahun, aku terkejut, pada satu masa ada orang bercerita dia meninggal xcden kereta di Kuala Dipang semasa dia nak pergi ambik bos dia. Masa tu dia dah jadi drebar pula. Aku terfikir...Orang macam tu tak panjang umurnya pula. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.
Gitulah perjalanan hidup kita. Kalu panjang umur, mungkin anak cucu kita pula akan merasai macam kita juga dan seterusnya.....tapi zaman itu mungkin akan lebih komplikated lagi. Tetapi depa tetap beruntung, sebab dapat atuk opah yang educated juga hehe!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan