Isnin, 7 September 2009

Ikhlaskah kita?




Ble teringat akan sedekah ada ustaz dulu bercerita kalu boleh tangan kanan yang memberi, tangan kiri pun tak tahu.Maknanya untuk buat baik tak payah cerita2lah kut..takut riak.Tapi dalam TV, pepe merata tempat orang beri bantuan perlu ditonjolkan ya! Bila sebut pasal ikhlas, semua ini asal dari hati.Macam gambar dalam blok ni...terjongoi je biji mata aku buat apa?Saja nak bagitau, mata pintu hati...mulut pintu perut!

Kalau kita menipu seseorang, mampukah kita bertentangan mata dengan orang yang kita tipu?Mampukah kita bercakap lain di hati lain sambil tak berkelip mata di depan sipolan sipolan? Dosa atau kesalahan pun ada gerak hati dan naluri.Kalau perkara yang dibuat tak salah, sudah pasti kita tenang sahaja begitulah disebaliknya.Namun begitu dalam dunia yang serba boleh ni macam2 boleh berlaku dan boleh ujud.

Kalu kita tak ikhlas sesama manusia, ada kemungkinan tak kita juga tak ikhlas dengan Tuhan yang Maha Suci? Berapa ramai kah diantara kita yang masih melengah2kan sembahyang dan mementingkan urusan dunia dahului.Berapa ramaikah diantara kita tak terasa apa bila berbelanja ke arah hiburan tapi untuk isi tabung surau dan berderma berkira2?

Kita selalu dikiaskan dengan 'ada udang sebalik batu' atau istilah sekarang 'udang sebalik mee'. Adakah kita nak berudang dan bermee juga dengan Tuhan Yang Mencipta kita?

Kita selalu diperingatkan oleh para ustaz, kutbah Jumaat, ceramah dll supaya sentiasa ikhlas dalam amalan. Ikhlaskah kita untuk menerima teguran dan membaiki keadaan?

2 ulasan:

  1. Engkau bagai air yang jernih,di dalam bekas yang kelabu,zahirnya nampak dimata,kesucian terlindung jua....suci dalam debu

    BalasPadam
  2. bekas lama tak basuh tak lap macam tu la. ikut cakap kaklong masa kecik.kalu ada air nampak bayang2..campak 1 batu bayang pun ilang. Maknanya bomoh kadang2 nampak bayang dlm mangkuk kdg2 tak nampak la...ye?

    BalasPadam