Jumaat, 25 September 2009

Kunjung mengunjung hari raya


Ziarah melawat teman2 dan sedara mara sudah jadi lumrah kita terutama musim raya ni.Smlm dapat ziarah Lydia Yop Tan di wad Putrajaya. Alhamdulillah, tadi Lydia sms yang baby dah ok boleh menyusu, mungkin boleh discaj hari ni. Semalam pun ada orang datang beraya selain Amin beraya rumah kawan2. Cu Nik di Manjung buat open house, jadi kroni ramai di rumahnya dan rumah Nyah Ta. Selaku timbalan presiden anak2 apak, aku dah call dia sebaik aje tau Lydia dah dapat baby. Walaupun dah bersara jadi 'Kofi Annan', aku buat juga apa patut agar mesej dapat disampaikan sesama kita. Raya haji ni ada plan buat korban share adik beradik, Adi jadi taiko, Ina bendahari RM400 tiap bahagian termasuk kos masak dll. 3,4 Okt ni Nana kahwin, jadi kita berkumpul di rumah Pak Jun Seremban. Souvenir labu Sayong dah banyak kali dia ulangalik ambik dari KK untuk hari kenduri ni. Anak seorang je jadi tentu grand majlis kawin ni. Mungkin aku pun nak kawinkan anak2 kut satu hari nanti, kalu boleh 3 bradik sekali la..hehe!Ate zaman dah berubah, dunia dah maju, anak2 pelan besor, kita pelan tua.
Nadhirah dijangka balik hari ni.Sunyi gak bila dia tak ada. Kalu tak dari pagi sampai malam, aku kena jawab 1001 macam soalan2 dia yang merangkumi perbagai topik termasuk alam cakrawala, biologi, matematik, agama, lawak jenaka dan kadang2 bab seksologi jugak hehe...ate makin remaja, lagi pun talian hayat bapak dia ni boleh menjawab serta merta, tu yang dia suke tu, lagipun talian hayat tak de limitnya. Bila jawapan tak memuaskan hati, dia akan terus bertanya hingga dapat jawapan yang memuaskan hatinya. Bila dah puas hati, dia akan kata..."Terer jugak apak ni ye...tanya sume boleh jawab!". Alahai, baru sekarang dia tau bapak dia terer???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan