Jumaat, 18 September 2009

Pra Raya Puasa 2009


Hari ni semua anak2 dijangka akan berkumpul di rumah. Kebetulan kaklong pun bezday. Sepanjang hari di opis amat sunyi.Ramai dah bercuti balik kampong dan ada yang sibuk membeli barang2 pra raya ni. Kawan lama mencari daun pisang dan buluh, buat lemang la tu. Tadi di tepi jalan padang golf BBB pun ada jual lemang juga. Bila lalu Tasek Cempaka, teringat cadangan melalui internet minta MDHL bersihkan kawasan situ. Maklumbalas diterima menyatakan kontrekter dilantik untuk tugas2 itu. Anak bongsu seronok sebab cadangan kami diambil berat demi kepentingan orangramai juga.
Di pasar ramadhan gerai pun dah tak banyak tinggal. Mungkin ada yang nak bersiap2 nak raya ataupun ada yang tak nak ambik risiko berniaga bila ramai orang dah balik kampong. BBB, tempat dimana aku tinggal hampir 25 tahun dari flat ke rumah teres, merupakan tempat yang mempunyai berbagai kemudahan terutama untuk anak2 bersekolah, tahfiz,tuisyen dll. Surau pun banyak dan ramai yang berilmu agama disebalik berbagai latar belakang dan kareer berbeza.
Pra raya ini lebih mencabar bila anak2 nak bermacam2 benda yang berlainan citarasa masing2. Dunia dah berubah, zaman dah maju.Aku ada 12 adik beradik. Dulu bila nak raya, apa yang dibeli bapa itulah yang dipakai.Kadang2 nak bagi adil, sama, semua baju corak sama.Jadilah macam boria juga kadang2, tapi amik aje tak ada bantahan Yang Arif..hehe.Sekarang lain, anak2 pun tau ini negara demokrasi jadi bebas untuk memilih ikut citarasa masing2. Tapi tara tu ada juga guideline tertentu la.Aurat kena jaga dan beli jika perlu sahaja. Hari ujan dan mungkin malam ni last terawih. Di Malim Nawar, jemaah dijangka bersembahyang beramai2 di masjid baru dekat Kg Changkat Baru. Masjid yang besar lagi indah itu telah lama dinanti2kan penduduk setempat.
Yang pasti, Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi dan Syawal bakal menjelma.Ramai artis, orang terkenal meninggal dunia tahun ini, begitu juga saudaramara serta rakan2 kita. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh mereka. Pra raya, raya dan pasca raya sedang dan akan berlaku. Mungkinkah semuanya dapat memberi kesan yang positif kepada kita? Tepuk dada tanyalah diri anda sendiri....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan