Petang ni jem teruk balik dari opis.Terpaksa ambik laluan tol Sg Chua tapi sangkut juga kat Pasar Ramadhan di situ. Tak lama lagi nak beraya dah.Kejab terasa masa berlalu.Diam tak diam dah 3 tahun tesis master aku ni. Maknanya dah 3 tahun aku kehilangan sifu dan 'rakanku' yang telah memberi motivasi dan membantu kejayaan aku sebelum ini, cuma aku tak dapat memenuhi nasihat dia untuk sambung PhD. Teringat kata2 seorang pegawai tinggi di Putrajaya.."abang, saya tolak 10 tahun pun umur abang dah melepasi tahap umur layak memohon!". Masa tu macam2 tajaan ada tapi untuk yang muda2.Tapi nak buat macamana, umur bukan boleh gostan.
Balik cerita tadi, semua itu bergantung pada rezeki. Pada sem kedua pengajian aku sepatutnya presen untuk lompat ke PhD tapi ditakdirkan sakit lama aku terpaksa tunda pengajian dan kes lompat terus hilang. Dari masa ke semasa, aku diuji Allah SWT lagi. Memang agak memeritkan dari peringkat mula memohon hinggalah tamat pengajian. Tapi dalam hati terasa satu kepuasan, sebab dapat habiskan pengajian akhirnya, walaupun mungkin tak dipandang pun oleh orang lain.
Kawanku Mael dan Siti Zaharah yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Curtin, Australia dijangka balik beraya di Malaysia bersama anak mereka. Tak lama lagi 'Dr' lah mereka.Itu juga rezeki. Bila belajar di luar negeri dengan sendirinya boleh memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris, daya tahan, pergaulan dan merasai nikmat Islam. Kadang2 kita duduk dalam negeri suasana semua Islam, Melayu senang makan nak sembahyang dll terlupa yang semua ini kemudahan sedia ada. Kalu di luar negeri, tak ada yang kenal, pergaulan pun tak sape nak kawal, pencegah maksiat pun tak ada..macam2 bole berlaku.Tapi tak juga. Di sanalah mungkin Tuhan bagi kelebihan bagi kita orang Islam. Nak makan tenguk tak halal, tahan nafsu cari yang lain. Tenguk Mat Saleh2 pun solat jemaah kita pun seronok ikut sama.Sedangkan sana sini ada macam2 tempat maksiat.
Berbalik pada sifuku tadi, aku respect dia. Hubungan dia dengan adik beradik dan orang tua dia kelasss. Memang dia ambik berat sungguh, malahan semasa dia di UK pun orang tua dia dijemput sama. Mungkin itu salah satu sebab Tuhan bagi dia rezeki murah.Teringat kata2 dia pada aku, "Saya tak akan bagi nasihat pada orang sebarangan, kalu saya bagi tu maknanya saya dah nampak prospek orang itu..."
Kini semua kata2 itu jadi kenangan dalam lipatan sejarah hidup aku la...Jadi bagi yang muda remaja, sihat walafiat, belajarlah sungguh2. Jalan terus..jangan toleh..jangan pandang belakang..bukan sebab ada hantu tapi hidup biar ada pembangunan kata orang lani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan