Jumaat, 18 September 2009

Ramadhan datang dan pergi

Ramadhan datang dan pergi
Bagai ombak memukul pantai saban hari
Tapi kesannya terpulang pada hati
Setiap sanubari

Ramadhan datang dan pergi
Datangnya disambut meriah di sana sini
Progam diadakan setiap hari
Menguatkan jatidiri insan Muslimin sejati

Ramadhan datang dan pergi
Terawih,sedekah, zakat fitrah sekali
Amalan mulia lagi terpuji
Sepanjang bulan ini

Ramadhan datang dan pergi
Pasar ramadhan meriah sekali
Rezeki peniaga lebat sekali
Jangan pula leka membazir lagi

Ramadhan datang dan pergi
Kita yang hidup pun tak tentu lagi
Dapat bersama ramadhan tahun depan nanti
Itu pesanan ustaz berulang kali

Ramadhan datang dan pergi
Moga amal baik diterima Illahi
Dimakbulkan doa setiap hari
Berjaya di dunia dan akhirat nanti

BBB 190909

Tiada ulasan:

Catat Ulasan