Dalam arena politik, tiada istilah kawan atau musuh yang kekal. Ini terbukti dalam sejarah, menunjukkan ada yang bertahun2 bersama akhirnya menjadi seteru. Begitu juga disebaliknya. Itu politik dimana setiap yang terlibat mempunyai agenda tersembunyi atau strategi masing2. Tetapi dalam pergaulan sesama kawan maupun sedara mara, asas yang sama boleh berlaku walaupun ada istilah 'carik2 bulu ayam, akhirnya bertaut semula', 'air dicincang takan putus' dll. Guru aku dulu ada berkata, 'kawan karib kamu adalah musuh kamu yang paling ketat'. Maknanya kawan karib yang tau sedalam2nya rahsia kita, bila bergaduh akan menjadi musuh utama. Itu juga berlaku dalam politik.
Dalam Islam, sebarang permasalahan boleh diselesaikan melalui perbincangan/musyawarah. Namun begitu di mana2 jua, masyarakat dunia confuse kerana, dimana2 juga sekarang dah ada pembunuhan, pengeboman, bunuh diri, penganiayaan dll lagi termasuk di negara2 orang2 Islam menjadi majoriti penduduk di situ. Islam mengajar kita segala bentuk kehidupan agar hidup rukun damai, saling menghormati sesama manusia tak kira bangsa maupun agama. Bantuan kemanusiaan juga tiada batas bangsa, agama maupun suku kaum.Namun begitu adakala kepincangan berlaku atas kesilapan/kelemahan manusia sendiri. Masih ada yang tidak boleh mengenepikan diri dari sifat tamak haloba, dengki khianat, kronisma, nepotisma, dasar berpilih2 ikut sedap hati dan suka memandang rendah orang lain. Terdapat juga yang sombong, bongkak, berlagak tak tentu pasal dan cepat lupa asal usul. Tak kurang juga yang hanya memikirkan diri sendiri dan suku sakatnya dan tidak ada prinsip hidup yang jelas. Mereka ini hanya berbaik2 bila terdesak sahaja. Tapi selalunya Tuhan jarang balas secara cash orang2 macam ini.
Apa yang berlaku di luar negara dimana kekacauan, ketidakstabilan politik dan suasana persekitaran tidak menentu memberi kita ingatan agar sentiasa bersyukur dianugerahkan keamanan dan sejahtera di Malaysia ini. Musuh jangan dicari, rakan taulan perlu disanjungi. Jasa dan khidmat bakti wajar dihargai. Tanpa orang2 di sekeliling kita, siapalah kita sebenarnya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan