Tengahari tadi dapat berita dari Borneo, rakan lama baru balik miting RSPO.Memang lani macam2 hal kita dipantau dari luar.Isu2 pemanasan global, pembebasan gas rumah hijau GHG kedengaran. Ada pihak luar memantau kita samada kita tanam sawit ni menjejaskan alam sekitar ke tak..tambah CO2 ke tak dll..sumenya nak pantau. Tapi kadang2 heran jugak.hutan beribu ekar terbakar di Amerika, Kanada, Australia dll tu tak keluarkan CO2 dll? Gitulah nasib kita negara yang kecil dan masih membangun, ada saja gangguan dan halangan. Dulu masa aku di sana masih ada lebel NO TROPICAL OIL pada makanan...begitu pobia mereka pada minyak sawit minyak dari tropika kononnya ada kolesterol..
Sekarang zaman 1001 macam. Kadang2 tak tau mana satu betul mana satu perlu diikut.Dulu tak ramai orang pandai ..jadi kita ikut ketua yang ada.Sekarang dunia tanpa sempadan, tv radio tak keluar, dihujung jari nah maklumat terkini siap video tersiar di depan mata. Bagi yang tau guna demi kebaikan demi maslahat umum, ianya satu rahmat.Namun bagi yang tak bertanggungjawab, punah lah jadinya.
Dulu perlu taip dan blanco tesis,Sekarang boleh taip simpan edit..boleh cut n paste n download sana sini.Betullah iklan TV...zaman dah berubah..dunia dah maju.Cuma yg nak difikirkan majukah pemikiran kita?Sayangkah kita pada negara kita lebih dari kepentingan peribadi?Dalam berkongsi maklumat dan pengalaman, tak semesti yamg makan garam mesti betul.Kini ramadhan kian menuju ke penghujungnya.Entah ada entah tidak kita di tahun depan.Renung2kan kita ya....Oh ya ramai kakitangan kerajaan kumpulan sokongan bergembira dapat RM500 duit raya. Terpulanglah pada tahap kesyukuran masing2.Bagi yang jarang2 dapat macam itu ianya rahmat tak terhingga.
Moral of the story...kita kena banyak bersyukur.Masih ramai yang tak bernasib macam kita rasai sekarang. Kalau kita bersyukur Tuhan pasti menambah nikmat ke atas diri kita...InsyaAllah:
Duduk salah
Berdiri pun salah
Mengapa perlu kita mengalah?
Kan ke kita ada Allah???
ramai yang tak nak duduk,tak nak berdiri tapi berlari....tu pasal mengah dan mengalah.
BalasPadamtu macam KKKKADDDDIIIIJAAAH aje bunyi nye..ke Aiman atau cebil yg berlari?
BalasPadamyg mengah tp tak mengalah..mak bapak deme
BalasPadam