Mengenang balik zaman tadika dan sekolah rendah, aku kadang2 tenguk balik gambar2 lama kelas dan kawan2. Masih segar dalam ingatan di peringkat darjah 1 dan 2 masih terhegeh2 mengikuti pelajaran.Bila pereksa, keputusan hampir curut. Guru Darjah 1, Mrs Ng Tian Thoo, baik orangnya bercermin mata dan kemas. Naik darjah 2, guru kelas garang macam singa. Cikgu Zawiah Hasan, kurus orangnya tegas tetapi memberi kesan mendalam pada aku.Mau tidaknya, memanjang aku tak dapat keluar rehat. Subjek arithmetic selalu kantol.Punyalah tengin aku masa tu, nak campur 23 dengan 15 pun pakai 23 batang ais krim campur 15 batang.Campur dan kira balik.Walhal sekali kira aje boleh buat...3 campur 5 jadi 8 sebelah kanan dan 2 campur 1 jadi 3 sebelah kiri...jadi jumlah 38 la. Begitulah kalu nak tolak. Ate masa tu nak tanya pun takut, kang silap tanya diNGAPnya. Memanjang kena pulas kat perut.Lama2 dapat hidayat..tak boleh jadi macam ni.Aku pun bertekad belajor rajin2 tak paham tanya kawan dan abang2 dan kakak di rumah.Untunglah abang seorang tu,Yang Pa tegas tiap malam mesti duduk buat keje sekolah macam Prep la kt asrama. Akhirnya dari nombor hampir curut, aku dapat nombor satu dalam klas dan semua darjah 2 sekolah tu. Ini merupakan pencapaian terbaik aku dan boleh dicapai rupanya.
Maka bermulalah sejarah bersaing aku dengan Mashitah (sekarang Phd), Mohan Baskaran (dengar cerita sekarang doktor perubatan) dan Chandran (MIA, tak dapat dikesan) tiap tahun.Aku tak pandai bidang sukan, lagipun mak bapak aku latih aku keje kebun, berjual hasil kebun, kui,aiskrim,petai,asam menia,buah laghah,rambutan.durian dll dari kecik lagi. Tapi aku pernah jadi bendahari pengakap. Jadi kena lah kutip duit 5 sen tiap seorang, kumpul2 dah banyak buat jamuan dll. Arwah bapak pun pengakap dulu.Pernah tenguk dia guna daun pokok kapal terbang diguna untuk ubat luka dia di kebun. Arwah bapak pandai masak nasi lemak.Ada uumph!
Pada masa 1967-1972 MPS Malim Nawar memang famous.Malumlah sekolah oghang putih.Tapi tara tu guru besarnya amat berdisiplin. Mr Saw Thian Bee, berbadan besar, kemas dan tegas pandai mengambil hati orang Melayu.Tiap Jumaat pelajar2 lelaki Islam disuruh beratur pergi sembahyang Jumaat i Masjid Jamik Malim Nawar .Arahan diberi melalui PA sistem.Walaupun dia bukan Islam tapi mampu menyuruh yang Islam menunaikan tanggungjwab pada Tuhan. Kadang2 orang Islam sendiri pun tak terfikir nak buat macam tu malahan buat deq saja waktu solat. Teringat masa perhimpunan mingguan, dia menyuruh semua pelajar2 berdiri tegak semasa lagu Negaraku dimainkan walaupun ada lebah di depan hidung kita semua, katanya! Cara dia mendisiplinkan para pelajar dan guru2 amat berkesan. Entah berapa kali ada public canning bagi yang nakal2 tu.
Antara guru2 yang masih dalam ingatan adalah Cikgu Zawiah Hasan (MIA), Cikgu Arbaayah (sekarang di Seri Serdang, Selangor), cikgu Zainal Arifin (arwah), Cikgu Rom Jabar (MIA), Cikgu Kok Fook Yin (MIA) dan Cikgu Wong (MalimNawar). Kawan2 yang beberapa tahun ni dapat berjumpa adalah Cikgu Ahmad Azam, Yang Amri, Dilip Singh (nak kawin Melayu tapi tak jadi), Azizah Pak Bodin, Zubir (MIA), Roslan (Tualang Sekah), Mone (kesian terjumpa dalam keadaan bermasalah), Sharifah Rokimullah (Malim Nawar), Hafizah (dulu Vancouver, sekarang MIA), Mashitah (sama buat Phd dengan anak sedara di UM sebelum ni) dan Ismail (UNITEN). Yang lain2 yang masih segar dalam ingatan adalah Dalip Singh, Pritam Singh, Ganesen, Arwah Azhar, Chandran, Wong Yun Hong, Mohan Baskaran, Kong Suet Mei, Chee Ming, Khalid Abu Hasan dan Rokiah Enda.
Aku terhutang budi sangat pada cikgu Zawiah Hasan yang walaupun garang macam singa betina pada masa tu tapi telah bagi aku peluang untuk berubah. Ini sebagai turning point yang berkesan.Kalu tak, tak jadi oghang gak aku..hehe. Entah kat mana dia sekarang pun tak tahulah. Bapak aku juga cikgu. Pernah sebelum ni ada anak murid arwah bapak aku memberitahu aku yang dia amat berterima kasih pada arwah bapak aku.Sebab dilempang dan didenda bapak akulah dulu, sekarang dia menjadi oghang.Kalau tak dia pun tak tau jadi apa sekarang. Itu dulu la.Sekarang lain..pernah ada kes cikgu lempang budak.Silap2 budak tu angkat geng pukul balik, atau bapak dia yang lempang balik cikgu atau kereta cikgu tu digores2 catnya atau dipamcitkan tayarnya. Kawan sekampong aku, cikgu Awie pernah hilang motosikalnya. Bila disiasat rupanya anak murid dia yang curi! Aku berdoa juga agar guru tarawikh aku, arwah Cikgu Zainal Arifin yang duduk tak jauh rumah Ustaz Akil Hail dulu tu dicucuri rahmat. Bagi cikgu Arif yang mengajar BM dulu dan pandai bercerita serta jiran pula sebelah rumah Kazar Dergawan di Jeram, Kuala Dipang diharap sihat2 saja. Semoga semua jasa2 cikgu semua dulu diambilkira sebagai ilmu yang berguna dan termasuk 3 perkara yang disambung mudarabahnya walaupun mereka meninggal dunia nanti...insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan