Isnin, 14 September 2009

Alfatihah buat roh2 yang telah pergi dan tak kan kembali lagi







Menjelang subuh ni aku teringat arwah kedua ibu bapaku, sedara maraku, kengkawanku, jiranku,sifu2ku dan kenalan2ku..ibuku telah pergi menemui Yang Maha Suci hampir 22 tahun dahulu. Bapaku pula hampir 13 tahun dah. Tapi masih terasa macam semalam sepertimana aku tulis dalam cerpenku, "Wagiman" dalam blog ini.Ada kawan lamaku Zuzuli budak Batu Kurau, meninggal awal 70an dulu akibat masalah buah pinggang, itu aku tau dari surat khabar. Arwah sahabatku, Mansor atau Chot di belakang gambar yang diberi pada aku tertulis.."Ingat2lah kat aku...", amat menusuk kalbu. Arwah Hamid yang sama matrik di Sekolah Alam Shah, seorang yang sungguh baik dan lurus orangnya, putih kemas dan bijak.Beliau mengidap brain tumour. Iparku cikgu Aminah yang sama kat UPM dulu pergi akibat kanser kolon. Begitu juga arwah pakcik Zamri aku.
Teman segelak aku Mat Raman@Ben DPIM meninggal tak lama lepas operet buang sekerat usus. Dia jadi pemandu teksi lepas berhenti kerja estet. Aku tanya kenape?Dia jawap ambil Diploma Planting...aku pun terpelanting. Kang Sudin sahabat sekelas DPIM aku pun kembali kerahmatullah akibat jantung, dengar kabar terkejut api menjulang dalam kuali di dapur, kena heart attack semasa di Cangkat Jong. Pak Toi budak KL pula mati lemas. Tok Pin (bukan ayah Pin) juga diberitakan telah tiada, aku pun tau lewat. Hari raya tahun lepas, adik angkat aku Ark telepon dari Mata Ayer Perlis beritau Selamah rakan sekelas aku meninggal akibat strok. Cikgu Selamah ni dulu golkeeper hoki masa kat SMS Perlis. Dia pandai buat garam belacan cecah buah cermai masa kita orang sama sekolah ada program di Sg Berembang dulu. Rosmiza (Platun komander) rakan ITM yang sama buat persiapan EXPO ITM Arau satu masa dulu pun dah tiada. Cikgu Mael SMSK juga dah tiada, walaupun dia dulu garang dan strik tapi dia rajin turut serta dalam program2 exSMSK di sana sini sebelum itu.Aku bersyukur dapat turut menyembahyangkan jenazahnya dan mengiringi jenazahnya ke Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam bersama Prof Madya Dr Ainuddin UPM. Cikgu Wazir SMSK juga telah tiada, tak dapat aku hadir ke Parit masa tu. Teringat jugak arwah Ustaz Asri Rabbani. Baru minggu sebelum tu kelihatan dia dan famili makan2 di food court PKNS BBB, dia nampak cerah susut sikit badan sebelum bulan puasa. Anak2 dia beradab duduk tertib masa makan.Sedar2 dalam berita minggu berikutnya dah tiada.
Aku juga kehilangan arwah pakcik ku, Pakwe atau Din Ahmad. Di akhir2 hayatnya aku sempat bawa dia round, minum2 makan2 ke Batu Gajah, Kampar dan Malim Nawar. Banyak cerita hero dia di zaman muda diceritakan 1 persatu 1..hebat gak rupanya. Dia orang yang low profile tapi sharp shooter. Kalu menembak tupai, angkat senapang trus tembak kena tepat. Dia ajar aku menembak tupai jangan ikut aje tapi bila dah agak2 tau pergerakan tupai, tembak ke depan sikit, baru kena. Ya tak ya juga, peluru pun ambik masa nak sampaikan! Dalam hubungan kemanusiaan dia pesan,"Jangan buat orang, biar orang buat kita. Kita ada Allah, biar itu urusan Dia". Pa We banyak ilmu, dia juga bekas guru ngaji Quran aku. Macam2 sakit ia boleh ubat termasuk sakit tuan (bukan Puan). Ada 1 ilmu dia tak nak kasi kat aku, tak lain tak bukan, ilmu pengasih. Aku bodek gak dia, tapi dia tak kasi...las2 baru dia kata, "kamu tak payah yang ni!". Jawapan pendek dan tegas. Zaman berlalu, baru aku tau pasal apa dia tak bagi aku ilmu itu. Ada hamba Allah yang ambik ilmu ni dah kawin dua....Hehe!
Semoga dicucuri rahmat ke atas roh2 mereka, ditempatkan mereka bersama roh2 yang beroleh kejayaan di akhirat nanti, InsyaAllah. Kubur mereka dah pasti. Kita tak tau lagi...di mana..ble..mati cara mana nanti? Allah jua Yang Maha Mengetahui.....

2 ulasan:

  1. Inilah kehebatan Yang Maha Kuasa..kita ada memori saja tp tak bole mendahului masa..kalau tau agaknya miker pun dah beriya2 mintak jg kat Pakwe..hehehe. Smlm teman balik kg. ayah di kg pesan..perjalanan hidup kita ini proses utk kita pindah ke suatu tempat selama-lamanya....kalau nak pindah rumah kome beria-ia nak bersiap,mcm2 nak bawak,tuko, itu pun untuk duduk berapa lamer? Tapi ini nak pindah untuk kesekian lamernye..Dah packing ke cukup2 apa nk dibawa?Dah buat ke apa yg patut dibuat?Berapa byk bekalan nk dibawa lamer yop..SELAMA-LAMANYER..tergamam dan ngeri ....Dia pesan kalau sembahyang tu bygkanlah itu sembahyang terakhir kita..buatla sebaik mgkin...persembahan kita padaNya mesti sempurna..Komer kalau nak jumpa org bukan main lg siapnyer,bergaya,ini jumpa Tuhan buat persembahan,teman pun dah rasa mcm dia tak lama lg w/pun harap dan berdoa dia pjg umur dan sihat...MARI RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

    BalasPadam
  2. mike untung ada mk bapak lagi..ada gak tmpt nak lepas rindu nak i2 ini.bini mike macam aku juge..yatim piatu..terima aje le seadenye...nasib baik juge ade mk bpk mentue ye...

    BalasPadam