Isnin, 7 September 2009

Di dalam perjalanan ini

Di dalam perjalanan ini
Aku keliru lagi
Antara gelaka tawa dan hiba
Memenuhi ruang dada


Perlukah aku berduka
Mengenang azab bakal menimpa?
Perlukah aku gembira
Menanti syurga di alam baqa?


Di dalam perjalanan ini
Aku tenggelam di alam nyata
Meniti hari mendatang
Menjelang sakratulmaut tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan