Ada kala sesuatu perkara yang menyentuh satu2 bangsa akan jadi sensitif..tetapi secara ilmiah dan cerdas minda elok juga kita fikirkan...mana tau kelemahan yang ada dapat diperbaiki dan boleh advance pula akan datang. Semasa dari tadika lagi, Bangsa asing suka menekan BI, kira2 dan sains.Kalu budak Cina sifir tu dari kecik lagi dah mahir. Tiap kali pergi kelas pula tak tinggal air 0 atau air masak. Tengah cikgu mengajar pun depa minum.Jadi banyak air flush dalam sistem darah mereka. Mungkin oksijen ke otak pun lancar! Budak2 Melayu dan India masa aku, air sirap, Milo, tetarik dll.kalu yang berduit sikit Coca Cola, Oren dll. Kalu kita tenguk anak2 Cina yang bapa dia orang ada kedai, anak2 ada saja buku, sempoa atau alat permainan yang menduga akal di tangan mereka. Ada yang diberi kepercayaan untuk kira duit atau cashier junior di kedai. Ini berlainan dengan orang Melayu yang selalunya suruh anak2 main jauh2, takut silap kira hilang duit dll. Mainan pun senapang, kereta kebal anak patung dll.Tak mencetus minda langsung! Masa aku dulu anak2 Melayu jarang ada tuition. Kira Lillahitaala aje.Tapi kalu pandai, memang pandai betul la.
Kini zaman betul2 berubah,bukan hanya di bandar2 saja, di kampong2 pun ada bermacam2 cobaan dan dugaan. Walaupun ada cara mudah mengakses maklumat, di dunia tanpa sempadan, maklumat di hujung jari, budak2 sekarang perlu dididik, dipantau kerana ketahanan diri tak macam dulu. Ramai yang diperhatikan tidak pandai membeza mana yang penting, mana yang utama, mana yang orang tak marah dan buat sesuatu dengan berfikir secara rasional dulu. Budaya menonong ni juga ujud di kalangan siswazah2 yang pernah aku jumpa.
Mungkin ini satu kesilapan ataupun kebetulan atau kes terpencil. Apa pun bangsa Melayu perlu terus maju dan tumpukan perkara2 utama. Mana yang 'kepala boleh pakai' eloklah ngaji baik2, rajin2 terus sampai PhD. Cetusan minda dari kecil ini perlu agar tidak terlambat kerana jika dicetus minda mereka di kala senja ibarat mercun masuk angin, dipasang api lambat meletup atau tak meletup langsung.
Fikir2kanlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan