Kata-kata ada yang indah.Tak kurang juga amat memedihkan.Ada orang pandai cakap tapi dia sebenarnya tak pandai.Ada juga yang pandai tapi tak pula pandai bercakap.Itu dikatakan lumrah alam.Kalu semua serupa memang tak indah dunia ini.Seperti mangsa dan pemangsa..seperti yang ditindas dan yang menindas.Namun begitu akhir kalam kita semua akan disoal di akhirat nanti bukan terlepas begitu sahaja.Mungkin ada salah silap kita yang tak sengaja begitu juga yang sedia maklum disengajakan.
Dalam membentuk jatidiri, pada pendapat aku biar datang dari dalam diri.Awaludin makrifatullah..awal agama mengenal Allah.Awal jatidiri perlu mengenal diri kita sendiri.Kerana diri kita yang tahu dimana lebih di mana kurangnya.Kalau demi mengejar secebis habuan dunia sanggup menindas, menggunakan pelbagai cara bagi mengiyakan perbuatan kita walaupun gerak hati ternyata kata salah...maka hipokrasilah jawabnya. Sheikh Abu Ala Maududi dalam tulisannya 'The milestone' pernah berkata...'carilah nikmat yang mendatangkan ketenangan, dan jauhilah nikmat yang menimbulkan keresahan'. Kata-kata ini penuh bermakna kerana terbukti rezeki misalnya dari cara yang haram atau subahat tidak mungkin akan mendatangkan ketenangan pada si penerima.Begitu juga jika rezeki datang dengan cara yang halal walaupun sedikit akan mendatangkan ketenangan pada sipenerima. Tidak dapat tidak selaku manusia kita tidak terlepas dari sifat tamak haloba, dengki khianat dan bermuka-muka...tetapi masalahnya sampai bila???
Jatidiri melampui sempadan apa yang dilihat oleh pancaindera walaupun mungkin ada yang mampu menilai dari gerak hati, pergerakan mata dll.Maha Suci Allah yang menguasai atas tiap sesuatu dan kepadaNya lah kita akan dikembalikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan