Rabu, 23 September 2009

Tuition raya






Masa cuti raya, macam2 aktiviti ada dibuat. Ada yang bertahlil berdoa, ada yang masak2,ada buat kuih badak berendam, basuh/sidai/lipat kain, cuci kete,sms dan yang unik ni ustaz Faiz bagi tuition maths kat Sofea.Bila tenguk bab trigonometri ni, teringat balik masa belajar dulu dalam tahun 1973/4, hampir 36 tahun yang lalu. Prinsip asasnya kena tau jumlah nilai sudut yang ada, kenalpasti apa tips yang diberi melalui sudut2 seiras/sama, mengikut teorem yang ada.Kena ada kertas conteng untuk test berbagai cara dan jawapan yang mungkin.Bagus ustaz ni (ngaji kt UIA, boleh bawa tahlil, ngaji pun sedap jadi gelar dia ustaz la) perturun ilmu berguna pada yang memerlukan. Seronok dengar jawapan dia bila tanya tak de ke awek2 Arab yang lawa sana buat gf, dia jawab 'dari negeri Cina lawa2 '..hehe.
Teringat pula adik dia si Faris, yang suka bertanya, 'Sihat ke Pak We?' setiap kali berjumpa. Dia peramah, kelakar dan suka berdoa terutama nak masuk bilik air! Kereta idaman dia Honda Civic, mungkin dia akan peghosah abah dia beli satu nanti. Kita tunggu dan lihat dalam waktu terdekat ye....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan